Manusia Dan Islam: 2009

Jumaat, 27 November 2009

2012 Mitos Yahudi Atau ?



Assalamualaikum semua...

Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat Aidil Adha kepada semua. Syukur ke hadrat Ilahi kita bertemu lagi Aidil Adha pada tahun ini. Adakah segala ilmu dan nikmat kesihatan yang deberikan kita gunakan sebaiknya?

2012. Menjadi buah mulut dimana-mana. Malah menjadi satu anngka yang mula digeruni buat semua. Mengapa dan kenapa? Adakah kita telah mula merasakan dunia sudah mahu kiamat? Atau kita takut dengan malapetaka yang banyak berlaku sejak akhir-akhir ini. Saya ada menerima E-mail yang memperingatkan tentang 2012 dimana diceritakan tentang bencana yang akan datang menjengah pada 3 August 2012 atau jatuh pada hari Jumaat 15 Ramadan.

Sahabatku.
Dalam Islam tiada tekaan atau ramalan/menelek nasib. Kita sebaliknya sudah bersedia dengan segala dengan apa yang telah kita junjung [Al-Quran] dan hadis dari Penghulu kita. Kita dimomokkan dengan propaganda Yahudi tentang 2012 agar akidah kita menjadi goyang. Cara dalaman ini adalah senjata paling hebat para Zionis dan puaknya untuk menjadikan kita satu bangsa atau satu umat yang lemah dan banyak tertanya-tanya. Islam itu mengajar kita menjadi insan yang sempurna. Mengapa kita terus menjadi begini lagi seperti apa yang telah mereka ramalkankan tentang tahun 2000 atau Y2k dahulu. Berbalik kepada 2012, tajuk filem yang difundkan oleh Yahudi yang ceritanya jelas seperti kisah Nabi Nuh dimana dizaman tersebut bahtera dibina untuk menyelamatkan sebahagian umat yang beriman kepada Allah.

Dizaman moden ini dimana manusia semakin bijak dengan pelbagai ilmu masih buntu menyelesaikan masalah purba tentang binaan Piramid contohnya masih lagi mahu menipu dengan mitos yang datangnya entah dari mana. Bagi mereka yang menhasilkan cerita merasa bangga kerana karya mereka menjadi tajuk utama dan bualan hangat diserata dunia.

Berbalik kepada 2012. Memang benar jika ditonton filem tersebut kejadian bencana alam begitu akan berlaku juga suatu hari nanti. Tetapi yang menjadi persoalannya adakah kita yang bergelar umat Islam sudah bersedia menghadapinya? Bencana alam tetap akan berlaku, segalanya terjadi kerana perbuatan tangan kita sendiri. Dengan kesan rumah hijau yang menyebab berlakunya fenomena El Nino yang jelas telah memusnahkan ekosistem bumi ini. Air laut semakin mula naik dengan berlakunya pencairan Glasier di kutub utara dan selatan.

Kita yang sememangnya tahu tentang tanda-tanda awal kiamat seperti sudah lupa pula. Perkara yang telah kita pelajari dari ustad atau ustazah semasa dibangku sekolah. Kadang-kadang kita ini terlupa juga atau sengaja buat-buat lupa? Inilah dikatakan diantara sifat seorang manusia.

Oleh kerana saya ini hanya seorang yang biasa, maka rasanya tidak perlulah saya kupas kisah 2012 ini dalam-dalam. Malahan saya juga tidak mahu kaitkan ayat Al-Quran dan Hadis tentang bencana dalam kisah 2012 ini. Apa yang saya harapkan agar anda semua tidak menerima momokan Yahudi dan para pengikutnya.

Dengan harapan semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan diberikan kesihatan yang baik supaya kita mudah mengamalkan fardu yang telah diwajibkan ke atas kita. Salam AidilAdha dari saya penulis blog Manusia dan Islam.

Isnin, 7 September 2009

Usaha Sampai Berjaya

Lama saya tidak update blog ini. Sejak akaun adsense saya di ban saya jarang update blog saya lagi.
Tambah-tambah sekarang pula bulan Ramadan maka aktiviti saya pada blog saya kurangkan.

Saya cuma update Vblog saya untuk mendapat pasif income. Boleh la saya tampung perbelanjaan harian. Anda semua macammana Ramadan kali ini.? Saya sekadar mencoret sedikit hari ini untuk berkongsi sesuatu dengan anda semua. Alhamdulillah Ramadan kali ini telah membuka satu lagi pintu rezeki kepada saya. Sedang orang lain sibuk berniaga siang malam untuk menampung perbelanjaan saya pula cuma menghabiskan masa 1 jam sehari di depan PC untuk mencari wang tambahan.

Benarlah rezeki dari Allah itu amat luas. Saya telah berjaya meneroka salah satu dari sumber tersebut. Walaupun sedikit saya rasa ianya amat berbaloi kerana saya tidak sesibuk seperti mereka yang berniaga di pasar-pasar Ramadan.

Didalam Entri yang lepas saya ada berkongsi dengan anda semua tentang E-Book Vblog yang dihasilkan oleh Alang. Kali ini saya kongsikan pula pendapatan saya setelah saya usaha untuk mendapat income pertama di internet.



Gambar diatas ini merujuk kepada income saya dengan vblog tidak sampai sebulan. Anda boleh baca kisah itu didalam Jurnal Blog saya. Jangan lupa semua saya kongsikan semuanya di Jurnal Blog .

Moga Ramadan kali ini menjadi lebih makna. Moga saya tidak digolongkan dalam golongan orang-orang yang rugi. Selamat jumpa lagi.

Jumaat, 17 Julai 2009

Cara Rasulullah Mengelak dan Menyembuhkan Penyakit

Description unavailableImage by (¯`·.¸¸.¤*¨¨*¤.๑۩۩۩๑Zeyneeep! via Flickr

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN

Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)

MENERANGKAN PENGLIHATAN

Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR

Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI

Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI

Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN

Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Maksud firman Allah: Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya
untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka
mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar
(ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A'raaf: 179) Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (islam). Sejauh mana ia taat kepada Allah, Ikut sunnah nabi SAW.

Ali bin Abi Thalib r.a berkata:...' ketahuilah bahawa sesungguhnya sabar itu laksana kepala bagi jasad..jika kepala diputuskan tiada gunanya jasad ini'..tambahnya dgn nada tegas...'sesungguhn ya tiada iman bg seseorang yg tidak memiliki kesabaran... ..'



Reblog this post [with Zemanta]

Khamis, 9 Julai 2009

True Islamic History - Movies

Al Medina Al MunawwarahImage via Wikipedia


Hari ini di dalam Manusia Dan Islam saya akan berkongsi satu Filem yang menceritakan tentang bagaimana berkembangnya empayar islam keseluruh pelosok dunia. Tonton dan hayatilah Filem ini. Walau pun karya ini agak sudah lama tetapi ceritaya amat bagus ditonton kerana sejarah Kebangkitan islam ini jarang di Filemkan.

Diharapnya adalah pihak yang dapat mencipta karya sejarah islam yang terbaru buat tontonan generasi yang akan datang. Ikutilah Filem ini..


Reblog this post [with Zemanta]

Ahad, 28 Jun 2009

Give Thanks to Allah - by Michael Jackson

Michael Jackson StarImage via Wikipedia





Michael Jackson or Mikael dedicated this song to all muslim. Al-Fatihah to Him
Reblog this post [with Zemanta]

FADHILAT 5 AYAT

Ayat Lima
Lima ayat sebagai pendinding

DALAM al-Quran, ada lima ayat dalam beberapa surah yang mengandungi khasiat. Lima ayat itu lebih dikenali sebagai ayat Nashr, yang bermaksud suatu ayat yang boleh digunakan sebagai penolong atau pendinding diri.

Mengikut pendapat ulama, ayat lima itu mempunyai pelbagai faedah termasuk:

Sebagai penolak sebarang kejahatan manusia, jin, syaitan dan binatang buas.

11th Century North African Qur’ān in the Briti...Image via Wikipedia



Sekiranya dibaca di hadapan musuh atau seteru, insya-Allah akan terjaga daripada sebarang kejahatannya.

Dapat menimbulkan kewibawaan dan kehebatan diri di depan musuh ketika di medan perang hingga mereka gerun.

Jika dijadikan suatu wirid (amalan yang berterusan) tiap selesai sembahyang fardu, maka segala hajat yang diingini akan dikabulkan Allah.

Sesiapa yang membaca selepas Subuh dan solat Maghrib secara istiqamah akan dikekalkan dalam jawatannya dan dinaikkan pangkat.

Ayat pertama adalah daripada surah al-Baqarah ayat 246, yang bermaksud: “Apakah kamu tidak memerhatikan pengikut Bani Israil sesudah Nabi Musa iaitu ketika mereka berkata kepada seorang nabi mereka, “Lantiklah untuk kami seorang raja supaya kami berperang (di bawah kepemimpinannya) di jalan Allah. Nabi mereka menjawab, “Mengapa kami tidak mahu berperang di jalan Allah, pada hal kami dihalau dari kampung halaman kami dan daripada anak kami? Maka tatkala perang itu diwajibkan ke atas mereka, lalu mereka pun berpaling kecuali beberapa orang saja antara mereka. Dan Allah Maha Mengetahui ke atas orang yang zalim.”

Ayat kedua bermaksud: “Sesungguhnya Allah mendengar perkataan orang yang mengatakan, “Sesungguhnya Allah miskin dan kami adalah kaya. Kami akan mencatat perkataan mereka itu dan perbuatan mereka yang membunuh nabi tanpa sebarang alasan yang benar. Dan Kami akan mengatakan (kepada mereka), “Rasakanlah oleh kamu azab yang membakar.” (Surah Ali Imran, ayat 181).

Ayat ketiga daripada surah an-Nisa, ayat 77 yang bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan orang yang dikatakan kepada mereka, Tahanlah tanganmu (daripada berperang), dirikanlah sembahyang dan keluarkan zakat.” Setelah diwajibkan ke atas mereka berperang tiba-tiba sebahagian mereka (golongan munafik) takut kepada manusia (musuh) seperti mana ketakutannya kepada Allah, malah lebih daripada itu dalam ketakutannya lalu mereka berkata, “Ya Tuhan kami, mengapa Engkau tangguhkan (kewajipan berperang) kepada kami sampai beberapa waktu lagi! Katakanlah, “Kesenangan dunia itu hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang yang bertakwa dan kamu tidak akan dianiaya sedikit pun.”

Ayat keempat daripada surah al-Maidah, ayat 77, bermaksud: “Ceritakanlah kepada mereka mengenai kisah kedua-dua anak Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya ketika kedua-duanya dipersembahkan korban, maka terimalah (korban) daripada seorang antara mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Dia berkata, “Aku pasti akan membunuh.” Habil berkata, “Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa.”

Ayat terakhir daripada surah al-Ra'du, ayat 16, bermaksud: “Katakanlah siapakah Tuhan langit dan bumi? Jawablah, Allah, katakanlah, Patutkah kami mengambil perlindunganmu selain Allah, pada hal mereka tidak menguasai kemanfaatan dan tidak pula kemudaratan bagi diri mereka sendiri.”
Reblog this post [with Zemanta]

Kelebihan Bulan Rejab

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

Own PhotographImage via Wikipedia

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.
Reblog this post [with Zemanta]

Sabtu, 27 Jun 2009

Kelebihan Bismillah

BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM .......adalah sangat singkat namun kadangkala
sangat sulit untuk di ucapkan. Dalam hadis Rasullullah dikatakan:

Barang siapa yang membaca BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM sebanyak 21 kali
sebelum tidur maka:

1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut/mendadak.
2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam.
3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran..
4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan..

Alkisah ada seorang Isteri yang selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANI
RRAHIM setiap kali melakukan sesuatu, dalam membuka, menutup dan
mengunci pintu/almari, menaruh dan mengambil barang/sesuatu, membuka dan
memakai pakaian, masuk dan keluar rumah, naik dan turun dari kenderaan,
dll.
Pokoknya selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM pada saat akan
melakukan sebarang aktiviti.

Sehingga dengan kebiasaannya tersebut sang suami merasa kesal dan
akhirnya terlintas dibenaknya untuk menguji sang isterinya tersebut.
Lalu suatu ketika sang suami memberikan emas kepada isterinya dan
mengatakan: "Wahai isteriku, ini aku amanahkan emas kepadamu. Simpanlah
baik-baik."

Lalu sang isteripun menerimanya dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANI
RRAHIM dan membuka almari dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM
dan menaruh emas tersebut dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM
dan menutup/mengunci almari dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANI
RRAHIM.

Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada di rumah, maka
sang suami mengambil emas tersebut dari dalam almari dan membuangnya ke
laut.
Lalu ia kembali ke rumah dan ketika isterinya pulang dia pun meminta
kepada isterinya untuk mengambilkan emas yang diamanahkan beberapa waktu
lalu.

Lalu sang isteri pun masuk ke kamar dan dengan mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM dia pun membuka pintu almari tempat ia
menyimpan emas tersebut. Lalu mengambil emas yang saat itu dalam keadaan
basah (air
laut) lalu menyerahkannya kepada suaminya.

Melihat emas tersebut basah sang isteri pun menjadi bingung dan bertanya
kepada suaminya, lalu sang suami pun bersujud dan beristighfar dan
setelah itu menceritakan kejadian yang sebenarnya bahawa dia (suami)
telah membuang emas tersebut ke laut tanpa pengetahuan sang isteri
dengan tujuan untuk mengetahui manfaat dari BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM.

Dari cerita diatas maka kita dapat melihat kesaktian dari kalimat
BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM selain dari itu masih banyak lagi manfaatnya
iaitu:

Kita disarankan untuk membaca BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM ketika kita
akan mengambil dan menaruh pakaian di gantungan, baik yang pakaian baru
maupun yang baru kita gunakan. Tujuannya adalah agar pakaian tersebut
tidak digunakan oleh makhluk lain (gol. Jin), ini dapat kita lihat
apabila kita menaruh pakaian maka ketika kita gunakan kadang terasa
gatal dan tidak nyaman. Memang kita biasa mengatakan bahawa itu adalah
pengaruh lembab ataupun sebagainya namun pada dasarnya pakaian tersebut
telah digunakan oleh makhluk lain dengan cara mereka.

Keutamaan kalimat BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM adalah lebih untuk kaum
wanita (pria juga) karena banyak juga dari golongan wanita yang tanpa
disedari olehnya sendiri (wanita tersebut) bahawa dia telah melakukan
hubungan fizikal dengan golongan jin. Mungkin terdengar tidak masuk akal
namun ini benar adanya. Oleh kerana itu kepada kaum wanita mulailah
membiasakan diri untuk membacanya.

Demikian sedikit penjelasan dan cerita mengenai keuntungan yang dapat
kita peroleh dari mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM dalam melakukan
aktiviti kita sehari-hari, semoga setelah membaca ini kita semua mulai
dapat membiasakan diri untuk mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM
dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari.

Isnin, 1 Jun 2009

Guantanamo Prison - Kisah Rahsia

Sila tonton video ini yang telah ditapis


Berakhirnya sebuah kisah Guantanamo Bay bakal membuka lembaran baru dan ramai yang akan menarik nafas lega dengan keputusan President Barack Obama. Cuma yang menjadi persoalan adalah mengapa Guantanamo ditutup oleh America?

merungkai kisah di atas adalah mungkin:-

1) America telah merasa malu dengan pendedahan yang berlaku di Guantanamo Bay.

2) Gagal dalam usaha memerangi Al-Qaeda dan cuba membuat strategi baru.

3) Kegawatan ekonomi dunia yang membuatkan America tidak dapat meneruskan pembiayaan Guantanamo Bay.

4) Atau mungkin tempat tahanan rahsia yang baru telah dibina?

Kerana ketakutan barat terhadap perjuang islam maka wujud pusat tahanan yang sebegini. Mengapa?

Andai kita fikir secara logik semua keganasan berlaku adalah berpunca dari puak Yahudi. Mengapa penjenayah perang Yahudi tidak ditempatkan dipusat tahanan seperti Guantanamo Bay kerana telah membunuh rakyat-rakyat Palestine. Apa keistemewaan dan perbezaannya.

Video Dibawah ini akan menjadi sejarah kepada kita tentang Guantanamo Bay.










Reblog this post [with Zemanta]

Sabtu, 30 Mei 2009

Ajaibnya Hati - Fungsi Hati Yang Sebenar





Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda : "Manusia, dua matanya itu pemberi petunjuk. Kedua telinganya itu corong. Lidahnya itu juru bahasa, Kedua tangannya itu sayap. Kedua kakinya itu pos. Dan hatinya itu raja. Apabila raja itu baik, niscaya baiklah tentara-tentaranya". [HR Abu Na'im dan Thabrani].

Karena hati merupakan pusat sejati dari seorang manusia, Allah Ta'ala menaruh perhatian khusus padanya.

Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada rupa kalian, tetapi Dia memandang kepada HATI kalian". [HR Muslim]

Bahkah karena demikian khusus posisinya, maka baik atau tidaknya suatu amal bergantung sekali dengan hati. Untuk itulah dalam sebuah hadits dikatakan, bahwa amal itu bergantung kepada niatnya. Sedangkan niat itu bertempat di hati.

Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. [QS. Al Ahzab (33) : 5]

Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Allah menghukum kamu disebabkan (sumpahmu) yang disengaja oleh hatimu. [QS. Al Baqarah (2) : 225] Apabila cahaya iman yang memantul di hati, Allah SWT menuntun seorang dari kejahilan tentang Allah SWT menjadi ma'rifatullah. Dari ketidaktahuan tentang pelik-pelik dan hakikat-hakikat agama menjadi pemahaman dengan keyakinan. Dengan cahaya iman Allah SWT menuntun seorang ke Shirathaal Mustaqiim.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal shaleh, mereka diberi petunjuk oleh Rabb mereka karena keimanannya... [QS. Yunus (10) : 9]

sesungguhnya Allah adalah Pemberi Petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada shiraathal mustaqiim. [QS. Al Hajj (22) : 54]

Dengan cahaya yang memantul di hatinya, seorang mukmin dapat menyaksikan ayat-ayat Allah tanpa terbatasi oleh ruang dan waktu. Dapat menyaksikan keghaiban kerajaan langit (alam malakut) beserta isinya.

Suatu ketika Rasulullah SAW sedang berjalan-jalan. Beliau bertemu dengan seorang sahabat Anshar bernama Haritsah. Rasulullah SAW bertanya: "Bagaimana keadaanmu ya Haritsah?" Haritsah menjawab : "Hamba sekarang benar-benar menjadi seorang mukmin billah". Rasulullah SAW menjawab: "Yaa Haritsah, pikirkanlah dahulu apa yang engkau ucapkan itu, setiap ucapan itu harus dibuktikan!" Haritsah menjawab : "Ya Rasulullah, hawa nafsu telah menyingkir, kalau malam tiba hamba berjaga untuk beribadah kepada Allah dan di waktu siang hamba berpuasa..." Sekarang ini hamba dapat melihat Arsy Allah tampak dengan jelas di depan hamba... Hamba dapat melihat orang di surga saling kunjung mengunjungi, Hamba dapat melihat orang di neraka berteriak-teriak..."Maka Rasulullah SAW berkata : "Engkau menjadi orang yang Imannya dinyatakan dengan terang oleh Allah SWT di hatimu". [Hadits Riwayat Anas Bin Malik]

Tidak aneh! Sebab dengan cahaya iman inilah seorang mukmin yang dicintai-Nya, melihat dengan penglihatan-Nya, mendengar dengan pendengaran-Nya, memukul dengan tangan-Nya.

Dan tiada cara bertaqarub (mendekatkan diri) dari seorang hamba yang lebih Aku sukai melainkan melaksanakan hal-hal yang Kufardhukan. Namun hamba-Ku itu senantiasa berusaha mendekatkan diri kepada-Ku dengan mengerjakan hal-hal yang sunnah, sehinggapun Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, Aku menjadi alat pendengarannya yang dengannya dia mendengar. Aku menjadi alat penglihatannya yang dengannya ia melihat. Aku menjadi tangannya yang dengannya dia memukul dan kakinya yang dengannya ia berjalan. Jika ia memohon kepada-Ku sungguh Aku akan kabulkan, dan jika ia memohon akan perlindungan-Ku, Aku akan melindunginya. [Hadits Qudsi riwayat Bukhari]

dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar. [QS. Al Anfaal (8): 17]

Dari Abi Said Rasulullah SAW bersabda :"...takutlah kamu akan firasat orang-orang mukmin, sebab mereka memandang dengan cahaya Allah..." [HR Tirmidzi]

Dari Ummu Salamah R.A, Rasulullah SAW bersabda : "Apabila dikehendaki oleh Allah kebajikan pada seorang hamba, niscaya dijadikan-Nya orang itu memperoleh pelajaran dari hatinya." [HR. Abu Manshur Ad-Dailamy].

Dari Abi Said Al Khudry, Rasulullah SAW bersabda : "Hati orang mukmin itu bersih, padanya pelita yang bercahaya gemilang." [HR. Ahmad dan Thabrani].

Berkata Wahab bin Munabbih, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda : Allah Ta'ala telah berfirman : "Sesungguhnya semua petaka langit dan bumi akan menjadi sempit untuk merangkul Zat-Ku, akan tetapi Aku mudah untuk dirangkul oleh hati seorang Mu'min." [HR. Ahmad]

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda : "Jikalau setan-setan tidak mengelilingi hati anak-anak Adam, niscaya mereka dapat memandang alam malakut yang tinggi." [HR. Ahmad].

Reblog this post [with Zemanta]

Ahad, 17 Mei 2009

H1N1 Pembunuh Atau Murka Dari Allah (SELSEMA BABI)






Buat masa sekarang sudah 72 jiwa telah menjadi korban akibat selsema babi. Malah mangsa yang telah dijangkiti meningkat kepada 8541 orang. Negara-negara yang terjejas ialah Mexico, AS, Kanada, EU, New Zealand, Thailand dan kini melanda Malaysia dengan 1 kes. Kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 - yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia, berlaku di kalangan golongan yang berumur 45 tahun ke bawah.

Gejala dan tanda jangkitan virus itu adalah demam, batuk, sakit badan serta susah bernafas, selain dikesan berlaku di kalangan mereka yang mempunyai kaitan dengan ternakan babi. Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi virus babi itu dan belum jelas bagaimana virus selesema manusia sekarang ini dapat melindunginya. Saintis mengatakan ia penemuan sejenis virus baru dan ia boleh merebak daripada manusia kepada manusia.

Maka benarlah ia merupakan tanda-tanda akhir zaman dan alam ini menghampiri ke penghujungnya. Sesuatu benda akan pasti mati dan musnah dan alam ini pasti juga musnah. Tanda-tanda kiamat kecil sudah ada kesemuanya, yang belum muncul hanyalah tanda-tanda besar. Ini adalah peringatan dan pengiktibaran kepada semua umat manusia supaya kembali kepada Islam yang sebenarnya. Hanya orang yang benar-benar beriman akan memahami isyarat-isyarat ini.

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa dunia ini telah hampir akhir zaman bahkan Baginda mengumpamakan seperti seorang yang terlalu bongkok. Tentang fenomena alam yang terjadi dan penyakit-penyakit ganjil (seperti Coxsackie, JE, SARS, Selsema Burung dan kini Selsema Babi pula) disebutkan oleh Rasulullah SAW sebagai tanda-tanda qiamat. Dari Ibnu Umar Rasulullah SAW bersabda;

“Bagaimana keadaan kamu ketika lima perkara berlaku di kalangan kamu, dan aku berlindung dengan Allah dari terjadinya perkara itu kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit ganjil).”

(HR: Ibnu Majah)

Reblog this post [with Zemanta]

Khamis, 7 Mei 2009

Post Terbaik Manusia dan Islam Cerita Kematian

Faithful praying towards Makkah; Umayyad Mosqu...Image via Wikipedia


Hari ini saya ingin membawa pembaca kembali kepada post-post didalam Manusia dan Islam.
Dalam post kali ini saya akan mencantumkan segala post-post atau entry di dalam Manusia dan Islam moga anda semua akan mudah memahami... Saya juga akan membukakan post-post yang terbaik ini kedalam bentuk E-book agar mudah dibaca oleh anda semua secara offline insyallah.

Di dalam Manusia dan Islam saya banyak menceritakan tentang bab kehidupan. Terutamanya di alam barzah dan akhirat. Ini adalah untuk menjelaskan bahawa kehidupan dunia itu adalah satu pembohongan yang nyata. Setiap yang hidup pasti akan mati. Saya menceritakan tentang bab ini secara terperinci di dalam satu Tajuk "Renungan Tentang Umur Manusia" yang membunyai 5 bab. Kitab "Renungan Tentang Umur ini Di tulis oleh Imam Al-Ghazali. Anda boleh Membaca semua bab kembali di bawah ini.

Renungan Tentang Umur

Bab 1

Bab 2

Bab 3

Bab 4

Bab 5


Setelah Anda membaca kesemua bab tersebut saya sediakan post atau entri sampingan untuk anda baca dan fahami. Antara Entri itu adalah...

Alam Roh Episod 1

Alam Roh Episod 2

Didalam entri ini dikisahkan bagaimana kita nanti apabila berada di dalam alam roh. Kisah ini kurang diceritakan kepada umum. Ilmu tentang kisah ini banyak terkandung di dalam kitab-kitab Tasauf dan di kupas kembali ke dalam Blog Manusia dan Islam. Kisah "Alam Roh" ini disediakan dalam bentuk audio dan disampaikan oleh Ustad Ismail Kamus. Jika ada terdapat pertanyaan sila isikan didalam ruangan Komen. Saya akan cuba menjawabnya kemudian.

Post yang paling mendapat perhatian di dalam Manusia dan Islam adalah:

Kedatangan Rombongan Iblis Semasa Sakaratulmaut

Pembukaan Hati ke Alam Ghaib

Tanda-Tanda kematian Semakin Hampir

Alam Barzakh Alam Kuburku

Harapan dari saya semoga anda semua mendapat manfaat apabila berada di dalam Blog Manusia dan Islam ini. Saya juga mengharapkan anda semua memasukkan email anda ke ruangan yang saya sediakan agar setiap kali post yang tebaru anda akan dapat ikutinya terus melalui email anda tanpa ke laman ini lagi. Jangan lupa sebarkan "LINK BLOG MANUSIA DAN ISLAM KEPADA RAKAN ANDA"
moga usaha anda itu diberkati Allah kerana usaha dakwah yang dilakukan.

Sampai kita ketemu lagi "Jangan Lupa Masukkan Email" anda ke ruangan yang saya sediakan.

Assalamualaikum







Reblog this post [with Zemanta]

Isnin, 27 April 2009

Dimensi Keilmuan Al-Quran

11th Century North African Qur’ān in the Briti...Image via Wikipedia


Terdapat lebih dari 10 % ayat-ayat Al-Quran merupakan rujukan-rujukan kepada fenomena alam. Sehingga termasuk kepentingan yang mendasar untuk menyingkap ayat-ayat keilmuan tersebut, dan bagaimana kita bisa memanfaatkannya. Mengenai hal di atas terdapat dua pandangan berbeda di kalangan ulama :

Pandangan pertama mengatakan bahwa Al-Quran mencakup seluruh bentuk pengetahuan dan dengan demikian ia mencakup unsur-unsur dasar seluruh ilmu kealaman. Padangan ini diikuti oleh Al-Gazali, - seperti dalam buku-bukunya Ihya Ulumudin, Jawahir Al-Quran - , As-Suyuti - dalam bukunya Al-Ithqan fi Ulumul Quran - , Abd Rahman Al-Kawakibi, Abd Razak Naufal, dll. termasuk yang terkenal belakangan Maurice Bucaile. Beberapa ayat yang digunakan untuk mendukung pendapat ini misalkan :

Kami tidak melalaikan sesuatu pun di dalam Kitab ini ..... (6:38)

.... dan telah Kami wahukan Kitab (Al-Quran) kepadamu untuk menerangkan segala-sesuatu dengan jelas .... (16:89)

Hadis Rasul :
Rasulullah berkata, " Akan terjadi kejahatan-kejahatan ". Beliau ditanya, " Apa yang menyelamatkan kita darinya ?" Beliau menjawab, " Kitab Allah, di dalamnya terdapat berita-berita tentang apa yang terjadi sebelum kalian dan yang terjadi setelah kalian "

Pandangan kedua, Al-Quran adalah kitab petunjuk, karena itu membicarakan ilmu kealaman adalah bukan tujuannya. Pintu-pintu ilmu adalah akal dan ekperimentasi, bukan hadis dan Al-Quran. Teori-teori ilmu berubah, sehingga tidak benar menafsirkan Al-Quran menurut teori-toeri yang berubah. Dan lain-lain alasan. Ayat-ayat di atas, menurut pandangan ini adalah berkenaan dengan ibadah. Pendapat ini diikuti oleh Asy-Syatibi, Muhammad Abduh dll.

Pendapat Dr. Mahdi Ghulsyani

Al-Quran memang merupakan Kitab petunjuk bagi manusia, dan mencakup apa saja yang diperlukan manusia dalam wilayah iman dan amal. Al-Quran bukan merupakan ensiklopedi sains, dan mencocok-cocokkannya dengan teori-teori sains yng berubah tidaklah tepat. Tetapi, hal yang juga tidak bisa dipungkiri bahwa Al-Quran memberi rujukan-rujukan terhadap sebagian fenomena alam. Hal ini bukan untuk mengajarkan sains, tetapi harus digunakan sebagai bantuan dalam menarik perhatian orang kepada keagungan Allah dan dengan begitu membawanya dekat kepada-Nya.

Kemajuan sains juga membawa membawa kemudahan dalam memahami berbagai ayat-ayat kealaman, misalnya :

Tidakkah mereka orang-orang kafir itu melihat bahwa langit dan bumi keduanya dulu merupakan sesuatu yang padu, kemudian kami pisahkan keduanya, dan dari air kami jadikan segala-sesuatu yang hidup (21:30)

merujuk kepada evolusi jagad raya dan peranan air dalam kehidupan.

Pendapat ini sesuai dengan Al-Maraghi :

"Bukan maksud saya untuk mengatakan bahwa Kitab Suci ini mencakup secara rinci atau ringkas, seluruh sains dalam gaya buku teks, tetapi saya ingin mengatakan bahwa Al_Quran mengandung prinsip-prinsip umum dalam artian seseorang dapat menurunkan seluruh pengetahuan tentang fisik dan spiritual manusia yang ingin diketahuinya dengan bantuan prinsip-prinsip tersebut. ......"

"Adalah penting untuk tidak memperluas makna ayat sejauh itu, aar kita dapat menafsirkannya dalam sorotan sains. Juga seseorang tidak boleh melebih-lebihkan penafsiran fakta-fakta ilmiah sehingga cocok denga Al-Quran. Bagaimana pun, jika makna lahiriah ayat itu konsisten dengan sebuah fakta ilmiah yang mantap, kita dapat menafsirkannya denga bantuan fakta itu. "

Pesan Al-Quran bagi Ilmuwan Muslim

Dalam Al-Quran terdapat lebih dari 750 ayat membahas berbagai fenomena alam. Ayat-ayat ini melibatkan sebuah pesan penting bagi para ilmuwan Muslim.

1. Dianjurkan untuk mengkaji seluruh aspek alam dan menemukan misteri-misteri penciptaan.

" Dan pada penciptaan kalian dan pada binatang0binatang melata itu terdapat ayat-ayat bagi kaum yang meyakininya (45 :5)

Tetapi mengkaji ayat-ayat keilmuan dalam Al-Quran harus mendorong kaum Muslim untuk mengejar sains dan tidak hanya terpaku pada petunjuk-petunjuk yang ada.

2. Ayat-ayat itu menegaskan bahwa segala sesuatu di dunia itu teratur dan bertujuan. Dan tidak ada cacat.

"... Dan Dia ciptakan segala sesuatu, kemudian Dia mengaturnya dengan sangat tepat."(25:2)

3. Al-Quran menyuruh kita mengenali hukum-hukum alam ( pola-pola Allah di alam semesta) dan mengeksploitasinya untuk kesejahteraan manusia denga tidak melampaui batas-batas syariah.

" .... Allah telah meninggikan langit dan menyeimbangkannya. janganlah kalian menyalahi keseimbangan (55:5-8)

Eksploitas material harus menggiring kita pada kemajuan spiritual dan bukan menghancurkannya.

4. Sains adalah perwujudan berbeda dari satu dunia yang diciptakan dan yang dikelola oleh satu Tuhan. Karena itu kombinasi ilmu-ilmu tersebut harus menggiring kita kepada gambaran tunggal dunia.

5. Al-Quran dan hubungannya dengan sains, adalah keunikan pandangan dunia dan epistemologinya. Kebanyakan kesalahan yang terjadi pada perkembangan sains memiliki akar pada pandangan materialistik yang menyertai sains modern. Al-Quran memperingatkan kita pada perangkap-perangkap ini dan memberitahukan rintangan-rintangan terhadap pengetahuan alam yang benar kepada kita.

Ringkasnya, Pelajaran penting dari ayat-ayat keilmuan Al-Quran :

1. Priorotas harus diberikan pada manusia pada penemuan alam dengan menggunakan indera dan akal.

2. Al-Quran memberi kita pandangan-dunia (world-view) yang benar.


(Diringkasi dari Dr. Mahdi Ghulsyani, Filsafat Sains menurut Al-Quran,
oleh Warsono)



Reblog this post [with Zemanta]

Khamis, 23 April 2009

Mengenal Dunia Ini

Ketentuan AllahImage by mia_sarah via Flickr



Dunia ini adalah ibarat pasar yang dilalui oleh pengembara dalam perjalanannya menuju ke tempat yang lagi satu. Di sinilah pengembara itu mengumpulkan bekal untuk perjalanannya. Pendeknya di sinilah manusia itu dengan menggunakan indera jasmaninya, memperolehi sedikit sebanyak pengetahuan tentang kerja-kerja Allah, dan melalui pengetahuan itu untuk Mengenal Allah. Pandangan terhadap Allah inilah yang menentukan kebahagiaan dan keselamatan di hari kemudian; karena untuk mendapatkan Ilmu Pengetahuan inilah, maka manusia turun ke dunia dan tanah ini. Selagi inderanya ada bersama dengannya, orang itu dikatakan berada "dalam dunia ini". Apabila indera ini meninggalkan jasad dan hanya sifat-sifatnya yang perlu saja yang tinggal. maka orang itu dikatakan telah kembali "ke akhirat".

Semasa manusia itu berada dalam dunia ini, dua perkara perlu baginya.

Pertama; melindungi dan mengasuh(memelihara) Ruhnya dan
Keduanya; memelihara dan menyelenggara badannya.


Makanan Ruh itu seperti yang tersebut sebelum ini, ialah Mengenal dan Cinta kepada Allah. Jika cinta itu ditumpukan sepenuhnya kepada "ghair Allah" (selain Allah), maka binasalah Ruh itu. Badan itu hanya ibarat binatang tunggangan bagi Ruh. Badan itu akan hancur tetapi Ruh tetap hidup. Ruh itu sepatutnya memelihara badan. Ibarat orang yang hendak mengerjakan Haji ke Mekah, ia perlu memelihara untanya, tetapi jika ia menghabiskan masa dengan memberi makan dan menghias untanya saja, maka kafilah akan meninggalkan ia di belakang dan binasalah ia di padang pasir.

Keperluan badan manusia itu terbagi kepada tiga saja yaitu makanan; pakaian; dan tempat tinggal. Tetapi kemauan badan yang ada pada seseorang untuk mendapatkan tiga perkara itu cenderung melawan akal dan melebihkan dari tiga perkara itu. Oleh itu, perlulah kemauan itu disekat dan dibatasi dengan undang-undang syariat yang dibawa oleh Rasul-Rasul.

Berkenaan dunia ini pula, di mana kita tinggal , terbagi kepada tiga - yaitu binatang, tumbuh-tumbuhan dan galian(logam). Hasil ketiga hal ini sentiasa diperlukan oleh manusia dan melahirkan tiga pekerjaan yang utama pada manusia yaitu;

* Kerja Menenun,
* Kerja Membina dan
* Kerja-kerja Logam.

Ini pula terbagi kepada beberapa cabang lagi seperti Tukang Jahit, Tukang Batu, Tukang Besi dan lain-lain lagi. Tidak ada yang bebas sendiri; perlu saling berkaitan. Maka timbullah perhubungan dan perkaitan perdagangan dan perniagaan. Di sini timbul pula keadaan-keadaan yang menerbitkan Hasad, Dengki, Tamak, loba dan berbagai-bagai penyakit Jiwa(Ruh). Dengan itu timbul pula pertengkaran dan persengketaan serta keperluaan untuk berpolitik, berkerajaan dan pengetahuan tentang undang-undang.

Oleh yang demikian, pekerjaan dan perdagangan di dunia ini makin bertambah rumit dan kusut dan kompleks. Ini karena manusia telah lupa bahwa keperluan mereka yang utama adalah hanya tiga perkara saja yaitu pakaian, makanan dan tempat tinggal. Diri ini anya bertujuan untuk menjadikan badan itu layak bagi tunggangan Ruh dalam perjalanan menuju ke akhirat. Mereka telah sama terlena seperti orang yang pergi ke Mekah, mereka telah lupa tujuan perjalanan dan dirinya sendiri, lalu menghabiskan masa memberi makan dan menghias untanya. Manusia pasti terpesona dan terpikat oleh dunia kecuali ia berhati-hati benar supaya tidak tergoda. Nabi ada bersabda mengatakan bahwa dunia ini ibarat Tukang Sihir yang lebih pintar dari Harut dan Marut.

Dunia ini menipu kita dengan cara berikut.

Pertama; ia berpura-pura kekal bersama kita padahal sebenarnya ia sentiasa berlalu saat demi saat sambil melambaikan tangan mengatakan Selamat Tinggal kepada kita, seperti bayang-bayang yang nampaknya tetap tetapi sebenarnya bergerak.

Kedua; Dunia ini berpusing seperti seperti Ahli Sihir yang menarik tetapi jahat. Ia berpura-pura Cinta kepada kita, suka kepada kita, tetapi kemudian ia pergi kepada musuh dan meninggalkan kita manusia kesedihan dan putus asa. Nabi Isa Alaihissalam melihat dunia ini seperti bentuk nenek berkebaya tua yang buruk. Beliau bertanya kepada dunia itu berapakah suami yang ia ada. Dunia itu menjawab suaminya tidak terkira banyaknya. Beliau bertanya lagi adakah suaminya itu telah mati atau telah diceraikan. Katanya semua mereka itu telah dibunuhnya. Nabi Isa Alaihissalam berkata;

"Aku heran kenapa manusia bodoh, telah melihat bagaimana anda melakukan kekejaman itu namun masih juga mereka suka dan cinta kepada anda".

Nenek berkebayan yang jahat ini memakai pakaian yang indah-indah dan menutup mukanya. Kemudian ia pergi menggoda manusia. Banyaklah manusia yang tergoda dan tertipu dan dibinasakannya. Nabi SAW. pernah bersabda bahwa di hari Qiyamat kelak, dunia ini akan berupa dengan bentuk Ahli Sihir, matanya hijau dan giginya tertonjol keluar. Orang yang melihatnya akan berkata;

"Kasihanilah kami! Siapakah ini?"

Malaikat akan menjawab;

"Inilah dunia yang kamu perbuat dan pertengkarkan, yang kamu bunuh-membunuh dan sembelih-menyembelih antara satu sama lain".

Kemudian dia akan dilemparkan ke Neraka dan di situlah ia akan menjerit; "Oh Tuhan!!! Di manakah mereka yang mencintai aku dahulu". Kemudian Allah perintahkan mereka itu dilemparkan juga ke dalam Neraka itu.

Barangsiapa bertafakur dengan serius bahwa dahulunya dunia ini tidak wujud dan di masa akan datang ia akan hilang sirna, maka nampaklah ia bahwa dunia ini ibarat perjalanan di mana peringkat-peringkatnya berupa tahun, bulan dan batunya dengan harinya, dan langkahnya dengan saat. Tidak dapat hendak diceritakan bagaimana ruginya mereka yang menganggap dunia ini tempat kediamannya yang kekal dan membuat rancangan untuk sepuluh tahun yang akan datang pada mungkin ia akan berada dalam kubur dalam tempoh sepuluh hari lagi. Siapa tahu!!!.

Siapa yang meninggalkan dirinya dalam lautan keindahan dunia fana ini, di masa matinya akan jadi seperti orang yang menyumbatkan mulut dan perutnya dengan makanan dan kemudian ia memuntahkan semula. Kelazatannya hilang sirna. Tinggallah malu dan aib. Makin banyak harta-benda, uang ringgit, rumah dan taman yang indah dipunyainya, makin pedih dan payahlah ia hendak meninggalkan semua itu. Kepedihan dan kepayahan ini akan dibawa hingga selepas mati karena jiwa yang sudah biasa dengan Tamak Haloba itu akan menjadi Tamak Haloba juga selepas mati dan di Akhirat kelak akan merasai kesusahan dan kepedihan karena kemahuan dan keinginan yang tidak merasa puas.

Satu daripada ciri atau sifat perkara keduniaan ini ialah pada mulanya nampak seperti perkara kecil saja, tetapi tiap-tiap perkara yang nampak "kecil" ini bercabang hingga tidak terhingga lagi banyaknya, hingga ia menelan dan membolot seluruh masa dan tenaga manusia itu. Nabi Isa Alaihissalam pernah berkata;

"Orang yang cinta kepada dunia itu ibarat orang yang meminum air laut, makin diminum makin dahaga hingga akhirnya ia binasa, namun dahaga tidak juga hilang".

Nabi SAW. pernah bersabda;

"Tidaklah kamu bercampur dengan keduniaan itu melainkan kamu dikotori sebagaimana orang yang masuk ke air, pasti akan basah".

Dunia ini ibarat meja yang di atasnya ada hidangan untuk tetamu yang datang silih berganti. Di atasnya ada pinggang mangkuk emas dan perka, penuh dengan makanan yang sedap-sedap, dan bau-bauan yang harum mewangi. Tetapi yang bijak akan makan seperlunya, menghidu wangi-wangian itu, mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah, dan kemudian pergi. Tetapi tetamu yang bodoh, sebaliknya hendak membawa pulang pinggang mangkuk emas dan perak itu, tetapi benda-benda itu dirampas balik darinya. Ia ditolak pergi. Maka malu dan hina serta putus asa saja yang diperolehinya.

Sekarang kita tutup penerangan kita tentang tipu muslihat dunia ini dengan ibarat yang berikut. Katalah sebuah kapal tiba di sebuah pulau yang penuh dengan kayu-kayan. Nakhoda kapal itu memberitahu penumpang-penumpang kapal itu ia hendak singgah bebarapa jam saja di pulau itu, dan mereka boleh naik ke pantai untuk sementara waktu tetapi jangan terlampau lama. Maka turunlah penumpang-penumpang itu ke pantai dan masing-masing pergi ke sana dan kemari sesuka hatinya.

Orang yang bijak di antara mereka itu akan kembali ke kapal dalam masa yang singkat saja dan apabila melihat kapal itu lapang mereka pun mencari tempat yang nyaman untuk duduk.

Kumpulan penumpang yang kedua pula berjalan ke sana ke mari lama sedikit sambil menikmati keindahan pokok-pokok dan bunga-bunga dan mendengar burung-burung menyanyi. Setelah kembali ke kapal, mereka dapati tempat-tempat yang baik di kapal itu telah diduduki dan terpaksalah mereka berpuas hati dengan tempat yang kurang myaman itu..

Kumpulan yang ketiga berjalan dan bersiar makin jauh di pulau itu dan mereka membawa batu-batu yang beraneka warna untuk dibawa ke kapal. karena mereka lambat kembali ke kapal itu, terpaksalah mereka duduk di tempat-tempat yang kurang baik di dalam perut kapal itu. Mereka dapati batu yang berkilauan yang mereka bawa itu telah hilang kilauan dan warna-warninya.

Kemudian yang terakhir pula telah merayau-rayau terlalu jauh ke tengah pulau itu hingga tidak sadar masa untuk belayar telah hampir tiba dan tidak pula mendengar panggilan nakhoda itu karena mereka terlampau jauh. Maka terpaksalah kapal itu belayar lagi tanpa mereka. Maka menyesalah mereka dengan putus asa dan dukacita dan akhirnya binasalah mereka karena dahaga dan kepalaran ataupun dimakan oleh binatang-binatang buas.

Kumpulan pertama itu ibarat orang-orang yang beriman yang menjauhkan diri dari pengaruh keduniaan; dan kumpulan yang terakhir ialah ibarat orang-orang kafir yang hanya memandang dunia ini saja dan lupa akhirat. Dua golongan yang di antara itu adalah mereka yang memelihara Imannya mereka tetapi mengikut pautan diri mereka kurang lebih dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah di dunia ini.

Meskipun kita telah bercakap banyak mengecam dunia ini, tetapi hendaklah diingat bahwa ada juga perkara-perkara di dunia ini yang bukan terdiri dari benda keduniaan, seperti Ilmu Pengetahuan dan Amal Sholeh. Manusia akan membawa bersamanya apa-apa Ilmu yang ia punyai masuk ke Alam Akhirat. Meskipun amal sholehnya telah berlalu, namun kesannya tetap tinggal dalam wataknya atau keperibadiannya khususnya dalam hal peribadatan, yang menghasilkan Cinta kepada Allah dan mengenangNya sentiasa. Inilah sebagian dari "perkara-perkara yang baik" yang tersebut di dalam Al-Qur'an sebagai "Tidak akan hancur musnah".

Lain-lain perkara baik dalam dunia ini, seperti berkahwin, makanan, pakaian dan sebagainya digunakan oleh orang-orang yang bijaksana menurut kadarnya kerena ini semua menolongnya untuk mencapai ke Alam akhirat. Apa saja yang menarik seluruh perhatian hati yang menyebabkan tertambat ke dunia ini dan lupa ke Akihrat, adalah sebenarnya jahat semata-mata. Ini diibaratkan oleh Nabi SAW demikian;

"Dunia ini celaka dan semua perkara dalam dunia ini celaka, kecuali Zikir Allah(mengenang Allah) dan apa-apa saja yang membantu(untuk mengingati Allah)




Reblog this post [with Zemanta]

Isnin, 20 April 2009

Pembukaan Hati Ke Alam Ghaib

Clouds over AllahImage by Stuck in Customs via Flickr



Pembukaan pintu hati ke Alam Ghaib ini berlaku juga dalam kondisi-kondisi yang dekat Wahyu Kenabian, di mana Intuisi atau Wahyu atau Ilham terbit dalam fikiran tanpa di bawa melalui saluran-saluran indera(pancaindera) sebagaimana seseorang itu menyucikan dirinya dari pengaruh nafsu kebendaan dan menumpukan(konsentrasi) fikirannya kepada Allah. Maka semakin bertambah teranglah kesadarannya pada Intuisi atau Ilham yang seperti itu. Mereka yang tidak tahu tentang perkara ini tidak berhak menafikan hakikat tersebut.

Intuisi(Ilham) ini bukanlah terbatas bagi mereka Kenabian saja. Ibarat besi, jika selalu digosok dan digilap akan menjadi berkilat seperti cermin. Begitu juga jiwa dan fikiran yang diasuh dengan disiplin sedemikian rupa akan dapat menerima informasi dari Alam Ghaib itu. Sebab itulah Nabi Muhammad SAW. ada bersabda;

"Tiap-tiap kanak-kanak itu dilahirkan dalam keadaan Islam(fitrah), maka kemudian ibu-bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi"

Tiap-tiap manusia dalam kesadaran batinnya yang dalam itu pernah mendengar pertanyaan;

Bukankah aku ini Tuhanmu?" dan mereka menjawab; "Ya", sebenarnya" tetapi sesetengah hati adalah ibarat cermin yang penuh debu dan berkarat sehingga tidak memberi bayangan apa-apa di dalamnya. Tetapi hati Ambiya dan Aulia meskipun mereka itu manusia biasa yang mempunyai perasaan seperti kita, mereka sangat senang dan cepat menerima semua gambaran atau Ilham Ketuhanan Yang Maha Tinggi itu.

Bukanlah karena Ilmu yang didapati dari Ilham atau Wahyu atau Intuisi itu saja yang menyebabkan Ruh manusia itu dapat menduduki martabat pertama atau paling tinggi di kalangan makhluk, tetapi juga oleh karena kekuasaannya(Ruh). Sebagaimana Malaikat-malaikat menguasai atau memerintah unsur-unsur, maka begitu jugalah Ruh itu. Ia memerintah anggota-anggota badan. Ruh-ruh yang mencapai peringkat kekuasaan yang khusus bukan saja memerintah badan mereka sendiri tetapi juga badan-badan yang lain. Jika mereka menginginkan orang sakit supaya sembuh, maka sembuhlah ia, atau orang yang sehat bisa disakitinya; atau jika mereka inginkan seseorang supaya datang kepada mereka, maka datanglah orang itu. Oleh karena kerja-kerja Ruh yang kuat ada dua macam; yaitu baik dan jahat, maka perbuatan mereka itu pun dibagikan dua macam juga yaitu Mukjizat dan yang lagi satu Sihir.

Ruh-ruh yang kuat ini berbeda dari Ruh-ruh orang biasa dalam tiga perkara:

1. Apa yang orang lain dapat lihat secara mimpi dalam tidur, mereka lihat dalam jaga.

2. Orang lain hanya dapat menguasai badan mereka sendiri saja. Mereka ini dapat menguasai badan-badan selain diri mereka juga.

3. Orang lain mendapat Ilmu dengan belajar dan mengkaji bersungguh-sungguh. Mereka ini mendapat Ilmu itu secara Ilham atau Wahyu.


Bukanlah ini saja tanda yang membedakan mereka dari orang biasa. Ada lagi yang lain. Tetapi itulah saja yang kita ketahui. Sebagaimana juga kita ketahui yaitu Allah itu saja yang mengenal DiriNya Yang Sebenar-benarNya, begitu jugalah hanya Nabi-nabi itu juga yang mengenal Hakikat Kenabian itu sebenarnya. Ini tidaklah mengherankan. Sedangkan dalam kehidupan sehari-harian ini pun kita mengalami kesulitan untuk menerangkan keindahan sesuatu Syair atau Puisi kepada orang yang tidak tahu dan tidak faham tentang Syair dan Puisi; atau keindahan warna pada orang buta.

Di samping ketidakmampuan, ada hal lain lagi yang menghalang seseorang itu mencapai Hakikat Keruhanian. Satu daripadanya ialah Ilmu yang diperolehi dari luar. Sebagai ibarat, hati itu adalah sebuah telaga, dan lima indera ialah lima batang pipa air yang sentiasa mengalirkan air ke telaga itu. Untuk mengetahui isi telaga itu sebenarnya, pipa air itu hendaklah dihentikan mengalir ke dalam telaga itu untuk sementara waktu, dan sampah-sampah yang di bawa oleh pipa air itu hendaklah dibuang dari telaga itu. Demikianlah ibaratnya.

Sekiranya kita hendak mencapai Hakikat Keruhanian yang suci itu, maka kita hendaklah sementara waktu menepikan Ilmu yang diperolehi dari proses luar (yaitu yang datang dari luar seperti belajar, membaca dan sebagainya) di mana biasanya telah menjadi beku dan keras dan bersifat Prasangka (Doqmatic Prejudice).

Di samping itu ada pula satu kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang pendek IlmuNya, yaitu setelah mereka mendengar percakapan orang-orang Sufi, mereka pun merendah-rendahkan taraf ilmu. Ini adalah ibarat seorang yang bukan ahli dalam bidang Ilmu Kimia mengatakan, "Kimia itu lebih baik dari emas!", dan ia enggan menerima apabila emas diberikan kepadanya. Kimia lebih baik dari emas, tetapi ahli-ahli Kimia yang sebenar-benar pakar sangat sedikit bilangannya. Begitu jugalah ahli-ahli Sufi yang pakar sebenarnya amat sedikit bilangannya.

Orang yang hanya tahu sedikit saja berkenaan Kesufian adalah tidak lebih tinggi martabatnya dari orang-orang yang berpengetahuan. Begitu juga orang yang baru mencoba beberapa percobaan dalam bidang Kimia, janganlah hendak merendah-rendahkan orang yang kaya.

Orang-orang yang melihat berkenaan hal ini tentu akan melihat betapa kebahagian itu adalah sebenarnya berkaitan dengan Mengenal Allah Subhanahuwa Taala. Tiap-tiap anggota kita ini suka dan tertarik dengan apa yang sebenarnya ia dijadikan. Misalnya hawa nafsu suka dengan apa yang dikehendakinya; marah suka dengan membalas dendam; mata suka dengan benda yang indah; telinga suka mendengar muzik yang merdu dan sebagainya. Fungsi(tugas) Ruh manusia yang paling tinggi ialah Menyaksi atau Melihat Hakikat, dan di sanalah ia mendapat ketertarikan dan kesukaannya. Seorang itu amat gembira diberi jabatan Perdana Menteri, tetapi kegembiraan itu akan bertambah jika Raja berkawan baik dengannya dan menceritakan kepadanya rahsia-rahasia negeri.

Ahli Ilmu Falak(Astronom) dengan ilmunya dapat membuat peta-peta bintang dan perjalanan falaknya, akan merasai lebih tertarik pada ilmunya itu daripada pemain catur dengan ilmunya. Tidak ada yang lebih tinggi dari Allah Subhanahuwa Taala. Alangkah besarnya ketertarikan dan kebahagiaan yang didapati oleh seseorang itu hasil dari Makrifat Allah.

Barangsiapa yang sudah hilang kemauan untuk mencapai Ilmu yang sedemikian tinggi itu, maka orang itu adalah ibarat orang yang habis seleranya untuk memakan makanan yang baik-baik; atau pun seperti orang yang lebih suka memakan tanah daripada memakan roti. Semua selera badan kasar ini hilang apabila mati (bercerai nyawa dengan badan). Selera itu mati bersama badan kasar itu. Tetapi Ruh tidak mati dan ia tetap membawa apa juga Ilmu tentang Ketuhanan yang ada padanya, bahkan menambahkan Ilmu itu lagi.

Sebagian hal penting berkenaan Ilmu kita tentang Allah adalah timbul dari kajian dan pemikiran kita tentang badan kita sendiri, yang membukakan kepada kita kekuatan, kebijaksanaan dan Cinta Tuhan Yang Menjadikan segalanya. KekuasaanNya menunjukkan betapa setitik air djadikan kita seorang manusia yang cukup lengkap. KebijaksanaanNya ditunjukkan dengan betapa rumit dan sulitnya anggota-anggota kita dan saling persesuaian antara bagian-bagian anggota itu antara satu dengan yang lain. CintaNya ditunjukkan dengan KurniaNya kepada kita bukan saja anggota-anggota yang paling penting untuk hidup seperti jantung, hati, otak, tetapi juga anggota-anggota yang tidak paling penting seperti tangan, kaki, lidah dan mata. Kemudian ditambah pula dengan perhiasan seperti hitam rambut, merahnya bibir, bulu mata yang melentik dan sebagainya.

Maka sewajarnyalah manusia itu diibaratkan sebagai " ALAM KECIL" dalam dirinya sendiri bentuk dan susunan badan itu hendak dikaji bukan saja oleh mereka yang hendak jadi doktor tetapi juga hendaklah dikaji oleh mereka yang ingin mencapai MakrifatuLlah, sebagaimana juga mengkaji secara mendalam tentang susunan keindahan bahasa dalam Puisi yang agung akan membukakan kepada kita kebijaksanaan pengarangnya.

Bahwa Ilmu atau Mengenal Ruh itu memainkan peranan yang lebih penting untuk membawa kepada MakrifatuLlah; lebih penting dari mengenal badan dan tugas-tugasnya. Badan ini ibarat kuda tunggangan dan Ruh itu ibarat Penunggangnya. Badan itu dijadikan untuk Ruh, dan Ruh itu untuk badan. Jika seseorang itu tidak tahu dirinya yang mana adalah yang paling dekat dengan Dia, maka apakah gunanya ia mengenal yang lain? Ibarat pengemis; yang dirinya sendiri pun payah hendak makan berkata pula ia akan memberi makan kepada penduduk sebuah kampung.

Dalam bab ini kita akan coba sedikit-sebanyak membicarakan keagungan Ruh manusia. Orang yang tidak peduli kepada jiwa atau RuhNya dan membiarkan Ruh atau jiwa itu berkarat dan gelap, maka rugilah ia di dunia dan di akhirat juga. Keagungan seseorang manusia itu sebenarnya terletak pada usaha untuk menuju Yang Kekal Abadi. Jika tidak, dalam dunia fana ini, manusia itulah yang paling lemah dari segala makhluk karena tunduk kepada kepada lapar, dahaga, panas, sejuk dan dukacita.

Perkara yang paling disukai biasanya paling bahaya kepadanya, dan perkara yang memberi faedah hanya dapat diperolehi melalui usaha dan susah payah. Berkenaan dengan Aqalnya pula, kesalahan yang sedikit saja pada otak bisa menyebabkan ia gila dan rusak. Berkenaan kekuasaan pula, gigitan nyamuk saja telah cukup menyebabkan ia resah gelisah dan tidak dapat tidur. Berkenaan dengan perasaan pula, dia rasa dukacita hanya dengan kehilangan beberapa sen uang. Berkenaan dengan kecantikan pula, dia tidak lebih dari perkara yang kotor dibalut dengan kulit yang licin lunak. Tanpa dibasuh selalu, ia menjadi tidak menarik lagi.

Pada hakikatnya, manusia itu dalam dunia ini adalah sangat lemah dan hina. Hanya di akhirat kelak manusia itu akan bernilai dan berharga. Maka dengan cara "Kimia Kebahagiaan" dia meningkat naik dari peringkat binatang kepada peringkat Malaikat. Kalau tidak, peringkat lebih hina dan rendah dari binatang yang akan hancur dan akan jadi tanah. Maka perlulah bagi manusia di samping sadar tentang ketinggian martabatnya dari semua makhluk, sadarlah hendaknya tentang lemah hinanya, karena itu pun adalah satu "anak kunci" membuka pintu Mengenal Allah (MakrifatuLlah).

artikel dari buku KIMIA KEBAHAGIAN ( Al Ghazali)

Reblog this post [with Zemanta]

Sabtu, 18 April 2009

Tiga Nasihat

Pada suatu hari ada seseorang menangkap burung. Burung itu
berkata kepadanya, "Aku tak berguna bagimu sebagai tawanan.
Lepaskan saja aku, nanti kuberi kau tiga nasihat."

Si Burung berjanji akan memberikan nasihat pertama ketika
masih berada dalam genggaman orang itu, yang kedua akan
diberikannya kalau ia sudah berada di cabang pohon, dan yang
ketiga ia sudah mencapai puncak bukit.

Orang itu setuju, dan meminta nasihat pertama.

Kata burung itu,

"Kalau kau kehilangan sesuatu, meskipun kau menghargainya
seperti hidupmu sendiri, jangan menyesal."

Orang itupun melepaskannya, dan burung itu segera melompat
ke dahan.

Di sampaikannya nasihat yang kedua,

"Jangan percaya kepada segala yang bertentangan dengan akal,
apabila tak ada bukti."

Kemudian burung itu terbang ke puncak gunung. Dari sana ia
berkata,

"O manusia malang! diriku terdapat dua permata besar, kalau
saja tadi kau membunuhku, kau akan memperolehnya!"

Orang itu sangat menyesal memikirkan kehilangannya, namun
katanya, "Setidaknya, katakan padaku nasihat yang ketiga
itu!"

Si Burung menjawab,

"Alangkah tololnya kau, meminta nasihat ketiga sedangkan
yang kedua pun belum kau renungkan sama sekali! Sudah
ku katakan padamu agar jangan kecewa kalau kehilangan, dan
jangan mempercayai hal yang bertentangan dengan akal. Kini
kau malah melakukan keduanya. Kau percaya pada hal yang tak
masuk akal dan menyesali kehilanganmu. Akukan tidak cukup
besar untuk bisa menyimpan dua permata besar!

Kau tolol. Oleh karenanya kau harus tetap berada dalam
keterbatasan yang disediakan bagi manusia."

Catatan

Dalam lingkungan darwis, kisah ini dianggap sangat penting
untuk "mengakalkan" pikiran siswa Sufi, menyiapkannya
menghadapi pengalaman yang tidak bisa dicapai dengan
cara-cara biasa.

Di samping penggunaannya sehari-hari di kalangan Sufi, kisah
ini kedapatan juga dalam klasik Rumi, Mathnawi. Kisah ini
ditonjolkan dalam Kitab Ketuhanan karya Attar, salah seorang
guru Rumi. Kedua pujangga itu hidup pada abad ke tiga belas.



Reblog this post [with Zemanta]

Jumaat, 10 April 2009

Bangunkan Ekonomi Islam Dengan Dinar Emas



Assalamualaikum.

Jumpa lagi kita hari ini. Entri yang diketengahkan hari ini adalah dinar. Apa itu Dinar?Mengapa kita mesti menggunakan dinar dalam kehidupan seharian. Mengapa kita gunakan matawang? Apa keburukan matawang dalam tidak kita semua sedari?

Entri ini akan membongkar segala perkara yang tersembunyi disebalik penggunaan matawang dan kelebihan penggunaan dinar. Fikirlah sejenak selepas membaca entri ini mengapa kegawatan ekonomi sering terjadi? Marilah kita perjuangkan kembali sistem ekonomi Islam yang telah disisihkan kini.

Ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tonggak kepada ekonomi kapitalis kini berada pada tahap terburuk dan lembap. Kelembapan itu turut menjangkiti negara-negara lain di dunia. Tiga per empat daripada dolarnya berada diluar negara dengan nilai yang terus menyusut.

Kegemilangannya dilihat terus merudum. Tidak seperti detik bersejarah Perjanjian Bretton Woods pada tahun 1944 yang telah menipu dan memperdaya 44 buah negara supaya bersetuju menyandarkan mata wang kertas negara mereka kepada dolar AS. Tipu daya itu berlangsung menerusi jaminan adikuasa itu bahawa dolarnya adalah bersandarkan kepada emas iaitu sebanyak US$35 bagi setiap auns.

Penipuan terbesar adalah semasa pemerintahan Presiden Nixon yang mana pada tanggal 15 Ogos 1971 secara unileteral telah memungkiri perjanjian Bretton Woods dengan tidak lagi menyandarkan dolarnya kepada emas akibat kemelesetan ekonomi yang disebabkan oleh keperluan pembiayaan Perang Vietnam serta defisit imbangan pembayaran yang berterusan.

Semenjak runtuhnya Perjanjian Bretton Woods, sistem kewangan dunia telah digantikan dengan sistem mata wang apungan di mana nilai mata wang sesebuah negara, dinilaikan pada mata wang negara lain. Kaedah ini mengakibatkan ketidaktentuan turun naik nilai mata wang sekaligus memberi peluang kepada spekulator mata wang mengaut keuntungan atas kerugian negara lain. Richard Duncan, dalam bukunya “The Dollar Crisis,” meramalkan kemungkinan satu krisis ekonomi yang mungkin lebih buruk daripada ‘Great Depression’ seandainya sistem kewangan sekarang diteruskan.

Melihat kepada kekurangan yang ada pada sistem mata wang apungan ini, ramai pakar ekonomi berpendapat bahawa penggunaan dinar emas adalah sangat disyorkan agar digunapakai kembali sebagai alat menyimpan nilai dan perantara pertukaran terutama dalam perdagangan antarabangsa. Langkah ini disyorkan kerana dinar emas terkenal dengan sifat stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi.

Dari segi tabungan, emas lebih stabil berbanding wang kertas kerana nilainya tidak mengalami turun naik yang ekstrem dan tidak merosot akibat inflasi. Dari segi zakat, hukum Islam menetapkan bahawa zakat hanya boleh dibayar dalam bentuk barangan nyata. Dinar emas sangat sesuai berbanding wang kertas kerana wang kertas hanya laku atas jaminan kerajaan yang mengeluarkannya. Sedangkan emas tidak memerlukan mana-mana pihak untuk mengesahkan nilainya kerana ia dengan sendirinya mempunyai nilai.

Umar Ibrahim Vadillo merupakan individu yang melihat penggunaan dinar emas sebagai jalan penyelesaian kepada krisis ekonomi dunia. Beliau telah berusaha keras untuk mencipta iklim ekonomi yang bersandarkan dinar emas yang sepatutnya menjadi mata wang umat Islam. Malah, beliau juga yang telah melobi Tun Mahathir selepas negara di landa krisis mata wang pada tahun 1997 untuk bertukar kepada penggunaan dinar emas. Hujahnya, mata wang dinar emas bukan sahaja mampu dijadikan sebagai kaedah utama pembayaran berikutan terdapat lebih daripada satu bilion umat Islam di dunia ini malah kedudukan ekonomi sesebuah negara akan lebih terjamin kerana dinar emas merupakan komoditi yang mempunyai harga yang stabil.

Pada tanggal 18 Ogos 1991, beliau dengan lantang telah mengeluarkan fatwa bahawa wang kertas adalah haram. Fatwa berkenaan merumuskan bahawa wang kertas adalah satu bentuk hutang (janji yang dibayar oleh pihak yang mengeluarkannya) dan oleh itu tidak boleh digunakan sebagai alat pembayaran. Ini bertepatan dengan takrifan daripada Imam Malik r.a. yang mentakrifkan wang sebagai “sebarang komodititi yang diterima umum digunakan sebagai alat pertukaran”. Oleh yang demikian, manusia mempunyai kebebasan untuk memilih sebarang komoditi yang bernilai sebagai mata wang dan bukan mata wang yang dipaksa nilai ke atasnya.

Menyelusuri sejarah, dinar emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dolar hanya pada awal tahun 1970-an.

Dinar berasal dari perkataan bahasa Latin Denarius iaitu matawang yang digunakan oleh Kerajaan Rom yang diperbuat dari logam perak. Ianya digunakan pada tahun 211 sebelum masihi di mana 1 denarius perak beratnya kira - kira 4.5 gram.

Dari perkataan Denarius ini, wujudlah pelbagai matawang yang lain seperti Denier (mata wang perak Perancis), Denaro (mata wang perak Itali), Dinar (mata wang emas Islam), Dinero (mata wang perak Sepanyol) dan Dinheiro (mata wang perak Portugis).

Pada penghujung zaman Republik Roman, mata wang Denarius dari logam emas mula digunakan dengan dikenali sebagai Denarius Aureus yang bermaksud Denarius Emas. Semenjak dari itu, perkembangan mata wang emas telah berubah mengikut peredaran zaman di mana semasa pemerintahan Constantine The Great (306 – 377 Tahun Masihi) mata wang emas lama telah ditukar dengan mata wang yang lebih ringan yang dikenali sebagai Solidus yang beratnya 4.5 gram.

Mata wang emas Solidus ini telah digunakan sehingga berakhirnya zaman Empayar Byzantium dan telah tersebar penggunaannya ke seluruh Semenanjung Tanah Arab sehinggalah ke zaman awal Islam. Dari zaman bermula berkembangnya agama Islam, penggunaan mata wang dinar emas dan dirham perak dari Parsi telah digunakan menjadi mata wang bagi setiap ummah ketika itu dalam urusan jual beli.

Hanya pada zaman pemerintahan Khalifah yang ke-3 iaitu Khalifah Saiyidina Ummar al-Khattab (13 – 23 hijrah / 633 – 644 masihi), penggunaan mata wang dinar dan dirham mula dikawal dari segi corak dan berat. Di bawah pemerintahan Khalifah Ummar, corak mata wang Islam telah diukir dengan nama Allah s.w.t. dan sebahagian dari ayat-ayat suci al-Quran. Berat mata wang Islam ini juga telah ditetapkan iaitu mata wang dinar mestilah mengandungi emas seberat 1 mithqal (iaitu seberat 4.25 gram ukuran pada masa kini). Manakala bagi mata wang dirham pula, beratnya adalah sebanyak 2.975 gram perak (ukuran pada masa kini) di mana jika nilai tukarannya dengan dinar ialah 7 dinar emas bersamaan dengan 10 dirham perak.

Kepentingan dinar emas jelas dicatat dalam buku Ibn Khaldun yang bertajuk “al-Muqaddimah.” Di dalam buku tersebut, mencatatkan akan wahyu Allah s.w.t. memasukkan dinar serta dirham dan ini telah membawa bersamanya banyak kaitan dalam hukum seperti zakat, perkahwinan dan hudud. Sebab itu di dalam wahyu Allah s.w.t. dengan jelas telah menyatakan akan ukuran yang tetap mengenai zakat dan sebagainya dengan menggunakan dinar dan dirham tidak dengan yang lain.

Islam mementingkan keredaan Allah s.w.t. dalam setiap pelakuan dan pekerjaan yang dilakukan kerana keredaan Allah s.w.t. akan memberikan kesejahteraan kepada kehidupan dunia dan akhirat. Idea mengembalikan dinar emas bukan suatu perkara kecil kerana ia secara langsung atau tidak, turut melibatkan soal sistem sosial, ekonomi, politik, dan, keberkatan dari-Nya.

Malah, kelemahan umat Islam sedunia mula ketara apabila berakhirnya penggunaan dinar emas. Menurut sejarah, pemerintahan Islam di bawah Khalifah Uthmaniyah di Istanbul, Turki telah dihelah dengan kemajuan dan pembangunan. Pinjaman wang kertas daripada Eropah untuk membangunkan Turki telah menjadikan negara tersebut berhutang dan melalui sistem wang kertas bersama riba telah melemahkan pemerintahan Khalifah.

Riba sangat dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Ini diterangkan dalam al-Quran yang bermaksud: “Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kamu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya,” (al Baqarah:279).

Memang tidak dapat dinafikan, sistem wang dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba ini telah telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedaran. Sistem ini juga menimbulkan berbagai masalah seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral. Sistem ini yang dikendalikan oleh institusi perbankan, sistem demokrasi dan ahli politik yang tidak bertanggungjawab telah memberi sumbangan kepada kesengsaraan masyarakat dunia.

Ibnu Abbas r.a. dari Ishaq Ibn Basheer dan Ibn Asakir di Kanz al-Ummal mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: “Orang yang pertama mengikuti Dajjal adalah 70,000 orang Yahudi…dan antara tanda pelepasan Dajjal adalah amalan riba.”

Kini, dinar emas telah kembali dan ramai umat Islam dan bukan Islam dari seluruh dunia menyeru supaya dinar emas ini dikembalikan. Ditengah-tengah kekalutan ekonomi yang melanda kini, kilauan dinar emas dilihat dapat mengembalikan sistem kewangan yang lebih munasabah dan mantap. Ramai yang telah sedar akan tipu helah sistem kewangan yang ada dan masyarakat dunia sudah mula meminta supaya mengembalikan kebebasan untuk memilih. Sekiranya demokrasi dilaungkan di seluruh dunia supaya diamalkan dalam semua perkara, mengapa tidak kebebasan diberikan untuk memilih dinar sebagai wang?

Terima kasih kepada dppnjohor



Reblog this post [with Zemanta]

Rabu, 8 April 2009

RENUNGAN TENTANG UMUR MANUSIA - UMUR KELIMA

Assalamulaikum...

Jumpa lagi kita hari ini. Dalam sibuk kita menunggu pengumuman barisan kabinet kerajaan yang baru,rasanya masih sempat kita pelajari bab kelima tentang umur.
Bab yang akan dibentangkan hari ini dalah bab yang terakhir dalam siri Renungan tentang umur manusia. Didalam bab-bab yang dahulu kita telah di memahami serba sedikit tentang arah dan tujaan sebenar kita dilahirkan didunia ini. dan perlu lah kita ingat walau dalam keadaan mana pun kita kini baik kaya, miskin, sakit ataupun sihat kita masih lagi hamba kepada Allah S.W.T.

Di dalam bab yang kelima atau yang terakhir ini akan diterangkan kemana kita akan berada selepas kita dihisab di padang masyar nanti. Adakah kita ini tergolong dalam golongan ahli syurga atau neraka. Tepuk dada tanyalah iman anda...


......................................................................................





5. UMUR KELIMA

Neraka

"Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami nanti akan Kami masukkan ke dalam neraka, setiap kali kulit mereka hangus akan Kami ganti dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan siksaan. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (QS. 4:56)

"Dan orang-orang kafir, untuk mereka disediakan neraka Jahannam, tiada diputuskan perkara mereka hingga mereka mati, dan tidak pula diringankan dari mereka siksaannya. Begitulah Kami memberi balasan pada setiap orang yang sangat kafir. Didalamnya mereka berteriak (memohon pertolongan): 'Wahai Tuhan Kami! Keluarkanlah kami, niscaya kami mengerjakan perbuatan saleh berlainan dari apa yang telah kami kerjakan dulu.' (Tidak!)Kami telah memberi umur yang cukup untuk berpikir sehingga jika ada orang yang mau berpikir niscaya ia dapat mengambil peringatan, dan telah datang juga orang yang membawa peringatan kepada kamu..." (QS. 35:36-37)

"Sesungguhnya orang-orang yang berdosa itu akan kekal di dalam neraka Jahannam. Tidak akan diringankan azab (hukuman) dari mereka dan mereka di dalamnya berputus asa. Kami tidak menganiaya mereka, tapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. Mereka menyeru:'Hai Malik! Biarlah Tuhanmu mengakhiri hidup kami saja!' Malik menjawab: 'Kamu akan tetap tinggal di sini!'" (QS. 43:74-77)

Rasulullah saw bersabda:
"Api kamu ini hanyalah satu bagian dari tujuhpuluh bagian api di neraka Jahannam." Para sahabat mengatakan: "Yang inipun sudah cukup (beratnya)" Berkata Nabi: "Bahkan api neraka itu melebihi sebanyak enampuluh sembilan kali lipat panasnya dari api dunia."


"Api neraka Jahannam telah dinyalakan seribu tahun sehingga menjadi merah. Kemudian dibakar lagi selama seribu tahun hingga menjadi putih. Kemudian dibakar lagi selama seribu tahun hingga menjadi hitam legam, seperti malam yang gelap gulita" (HR. Tirmidzi)

"Sesungguhnya penghuni neraka yang paling ringan siksaannya ialah orang yang diberi sepasang sandal yang talinya terbuat dari api neraka, lalu mendidihlah otaknya karena panasnya yang laksana air panas mendidih di dalam periuk. Dia mengira tiada seorangpun yang menerima siksaan lebih dahsyat dari itu, padahal dialah orang yang mendapat siksaan paling ringan." (HR. Bukhari dan Muslim)

"Ada di antara mereka yang dimakan api sampai ke mata kakinya, ada yang dimakan sampai pinggangnya dan ada pula yang dimakan sampai ke tenggorokannya." "Wahai manusia sekalian, menangislah! Jika tidak dapat menangis, maka paksakan dirimu untuk menangis! karena sesungguhnya ahli neraka itu akan terus menangis hingga air matanya mengalir di pipi masing-masing, seperti air yang mengalir di sungai. Sampai air mata itu habis dan matanyapun pecah-pecah. Seandainya ada perahu yang diletakkan di situ niscaya berlayarlah dia." (HR. Ibnu Majah)

"Ditimpakan atas penghuni nerak kelaparan, seberat azab yang sedang mereka alami. Lalu mereka minta agar diberi makanan, maka merekapun diberi makanan duri-duri layu yang tiada berguna dan tidak sedikitpun melepaskan mereka dari kelaparan itu. Mereka meminta lagi, maka mereka diberi pula makanan yang mencekikkan. Lalu mereka teringat bahwa mereka dahulu meneguk minuman untuk melancarkan kerongkongan di dunia, dan merekapun meminta minuman itu. Maka mereka diberi minuman neraka yang mendidih dengan pengait-pengait besi. Apabila didekatkan kemuka-muka mereka, maka hanguslah muka itu, dan apabila masuk kedalam perut-perut mereka, maka terkoyak-koyaklah perut mereka. Kemudian mereka memanggil-manggil para penjaga neraka Jahannam, dan merekapun ditanya oleh penjaga-penjaga itu:'Apakah tidak pernah datang rasul-rasul yang membawa keterangan kepada kamu?' Mereka menjawab: 'Bahkan ada!' Penjaga-penjaga neraka berkata pula:'Kini berdo'alah! Dan tiadalah do'a orang-orang yang kafir itu melainkan sia-sia belaka!" (HR. Tirmidzi)

Diriwayatkan bahwa di dalam neraka itu terdapat ular-ular yang bertengkuk tinggi seperti unta Khurasan dan kalajengking-kalajengking sebesar keledai. Dengan sekali sengat saja, bisanya yang menyakitkan tidak akan hilang selama empatpuluh tahun. Apabila dicurahkan satu ember air busuk dari neraka ke atas dunia, niscaya ia akan membusukkan seluruh penghuni dunia. Kalau satu tetes air buah Zaqqum jatuh ke dunia, niscaya ia akan merusakkan makanan manusia di dunia secara keseluruhan. Jika seorang penghuni neraka turun ke dunia, niscaya seluruh penghuni dunia akan mati karena tidak tahan mencium bau busuknya dan menyaksikan buruk rupanya. (HR. Tirmidzi)

Pintu-pintu neraka itu terdiri dari tujuh pintu sebagaimana disebutkan dalam Al-Qur'an: "Neraka itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu daripadanya adalah bagian yang sudah ditentukan" (QS. 15:44) Neraka terdiri dari tujuh lapisan yang satu dibawah yang lain:

1. Jahannam
2. Saqar
3. Ladza
4. Huthamah
5. Sa'iir
6. Hawiyah, neraka yang tidak berdasar dan berujung

semakin ke bawah neraka tersebut diatas semakin berat siksaan dan lebih dahsyat azab yang ada di dalamnya.

Sedangkan penghuni neraka terdiri dari dua bagian:

1. Mereka yang termasuk ahli tauhid yang berdosa. Orang-orang ini tidak kekal didalamnya tetapi mereka akan dikeluarkan dari neraka dengan syafaat Nabi saw , diriwayatkan bahwa orang yang paling akhir keluar daripadanya ialah mereka yang tinggal selama tujuhribu tahun.

2. Orang-orang yang kafir kepada Allah, dan orang-orang musyrikin serta kaum munafiqin yang berpura-pura beriman dengan lidahnya, tetapi menyembunyikan kekafiran di dalam hati.

Firman Allah: "Sesungguhnya orang-orang kafir dan meninggal dunia dalam keadaan kafir, maka mereka akan mendapat kutukan dari Allah, malaikat dan manusia seluruhnya. Mereka kekal di dalam neraka; tidak akan diringankan siksa dari mereka dan tidak pula diperhatikan" (QS. 2:161-162) "...Sesungguhnya siapa yang mempersekutukan Allah, niscaya Allah mengharamkan surga baginya dan tempatnya ialah dalam neraka. dan orang-orang yang zalim tidak akan mempunyai penolong" (QS. 5:72) Diriwayatkan bahwa gigi orang kafir di dalam neraka itu sebesar gunung Uhud, tebal kulitnya empatpuluh dua hasta dan ia akan menyeret lidahnya sampai satu atau dua farsakh, semua orang yang lalu di situ akan menginjak lidah itu. Allah SWT membesarkan tubuh orang-orang kafir itu didalam neraka supaya bertambah siksaan, penderitaan dan hukuman bagi mereka (HR. Muslim)


Surga

"Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman serta mengerjakan perbuatan baik, bahwasannya bagi mereka (disediakan) surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya. Setiap mereka diberi bermacam-macam buah-buahan di dalam surga itu sebagai rezeki, mereka mengatakan: 'Inilah yang pernah kita terima dahulu!' Mereka diberi buah-buahan serupa dan untuk mereka di dalam surga itu pasangan-pasangan yang suci bersih dan mereka kekal di dalamnya." (QS. 2:25)

QS Ar-Rahman : 46 -
Dan bagi orang yang takut saat menghadap Rabbnya ada dua surga . (QS. 55:46)
Maka ni'mat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan? (QS. 55:47) (Selanjutnya ayat serupa disingkat : MnR kymykd?)
kedua surga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan. (QS. 55:48) MnR kymykd?(QS. 55:49)
Di dalam kedua surga itu ada dua buah mata air yang mengalir. (QS. 55:50) MnR kymykd? (QS. 55:51)
Di dalam kedua surga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasang-pasangan. (QS. 55:52) MnR kymykd(QS. 55:53)
Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutra (QS. 55:54) MnR kymykd(QS. 55:55)
Di dalam surga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin (QS. 55:56) MnR kymykd(QS. 55:57)
Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan (QS. 55:58) MnR kymykd(QS. 55:59)
Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula). (QS. 55:60) MnR kymykd(QS. 55:61)
Dan selain dari surga itu ada dua surga lagi . (QS. 55:62) MnR kymykd(QS. 55:63)
kedua surga itu (kelihatan) hijau tua warnanya. (QS. 55:64) MnR kymykd(QS. 55:65)
Di dalam kedua surga itu ada dua mata air yang memancar. (QS. 55:66) MnR kymykd(QS. 55:67)
Di dalam keduanya ada (macam-macam) buah-buahan dan kurma serta delima. (QS. 55:68) MnR kymykd(QS. 55:69)
Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. (QS. 55:70) MnR kymykd(QS. 55:71)
(Bidadari-bidadari yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah. (QS. 55:72) MnR kymykd(QS. 55:73)
Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin. (QS. 55:74) MnR kymykd(QS. 55:75)
Mereka bertelekan pada bantal-bantal yang hijau dan permadani yang indah. (QS. 55:76) MnR kymykd (QS. 55:77)
Maha Agung nama Rabbmu Yang Mempunyai Kebesaran dan Karunia. (QS. 55:78)

Surat 39:73-75
Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Rabbnya dibawa ke surga berombong-rombongan (pula). Sehingga apabila mereka sampai ke surga itu sedang pintu-pintunya telah terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: "Kesejahtera (dilimpahkan) atasmu, berbahagialah kamu! maka masukilah surga ini, sedang kamu kekal di dalamnya" (QS. 39:73)
Dan mereka mengucapkan: "Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah (memberi) kepada kami tempat ini sedang kami (diperkenankan) menempati tempat dalam surga di mana saja kami kehendaki". Maka surga itulah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal. (QS. 39:74)
Dan kamu (Muhammad) akan melihat melaikat-malaikat berlingkar disekeliling 'Arsy bertasbih sambil memuji Rabb-nya; dan diberi putusan di antara hamba-hamba Allah dengan adil dan diucapkan: "Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam". (QS. 39:75)

Waqi'ah:10-40
Dan orang-orang yang paling dahulu beriman (QS. 56:10)
Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). (QS. 56:11)
Berada dalam surga-surga keni'matan (QS. 56:12)
Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu, (QS. 56:13)
dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian . (QS. 56:14)
Mereka berada di atas dipan yang bertahtahkan emas dan permata, (QS. 56:15)
seraya bertelekan di atasnya berhadap-hadapan. (QS. 56:16)
Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda, (QS. 56:17)
Dengan membawa gelas, cerek dan sloki (piala) berisi minuman yang diambil dari mata air yang mengalir, (QS. 56:18)
mereka tidak pening karenanya dan tidak pula mabuk, (QS. 56:19)
dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, (QS. 56:20)
dan daging burung dari apa yang mereka inginkan. (QS. 56:21)
Dan (di dalam surga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli, (QS. 56:22)
laksana mutiara yang tersimpan baik. (QS. 56:23)
Sebagai balasan bagi apa yang telah mereka kerjakan. (QS. 56:24)
Mereka tidak mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang menimbulkan dosa (QS. 56:25)
akan tetapi mereka mendengar ucapan salam. (QS. 56:26)
Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu. (QS. 56:27)
Berada diantara pohon bidara yang tidak berduri, (QS. 56:28)
dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), (QS. 56:29)
dan naungan yang terbentang luas, (QS. 56:30)
dan air yang tercurah, (QS. 56:31)
dan buah-buahan yang banyak, (QS. 56:32)
Yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya, (QS. 56:33)
dan kasur-kasur yang tebal lagi empuk. (QS. 56:34)
Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung , (QS. 56:35)
dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, (QS. 56:36)
penuh cinta lagi sebaya umurnya, (QS. 56:37)
(Kami ciptakan mereka) untuk golongan kanan, (QS. 56:38)
(yaitu) segolongan besar dari orang-orang terdahulu, (QS. 56:39)
(dan segolongan besar pula dari orang-orang yang kemudian.). (QS. 56:40)

Banyak sekali ayat-ayat lain yang menjelaskan tentang kehidupan di surga beberapa diantaranya adalah: ; ; Ad-Dahr:5-22 ; Az-Zukhruf:70-73 ; Ad-Dukhan:51-57 ; Muhammad:15; Fathir:33-35; Qaf:31-35 ; Al-Qamar:54-55

Rasulullah saw bersabda: "Allah SWT berfirman: 'Aku sediakan untuk hamba-hambaku yang saleh sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata atau didengar oleh telinga dan tidak pula pernah terlintas di hati siapapun'. Kalau kalian ingin, bacalah (QS. 32:17) 'Seorangpun tiada mengetahui kenikmatan penyedap mata yang disembunyikan untuk mereka, sebagai balasanatas apa yang telah mereka kerjakan." (Hadist Qudsi)
"Dua surga, bejana-bejana di dalamnya terbuat dari perak dan dua surga lagi, bejana-bejana di dalamnya terbuat dari emas. Ketika itu tiada tabir apapun antara penghuni-penghuni surga 'Adn dengan Tuhan mereka selain 'pakaian' kebesaran Allah di wajah-Nya" (HR. Bukhari, Muslim)

"Di surga ada seratus tingkatan antara satu tingkatan dengan yang lain sama seperti antara langit dan bumi. Surga Firdauslah yang paling tinggi, dan daripadanyalah terpancar keempat sungai dalam surga, dan diatasnya pula terletak 'Arsy Tuhan yang mulia. karena itu jika kamu memohon kepada Allah, mintalah surga Firdaus." (HR. Bukhari dan Tirmidzi)

Dalam suatu peristiwa, pernah Rasulullah saw. ditanya: "Apakah Kautsar itu ..?" Beliau menjawab: "Itulah sungai di surga yang dikaruniakan Allah kepadaku, airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari madu, dikelilingi oleh burung-burung yang bertengkuk seperti onta." Berkata Umar: "Sungguh ini suatu kemewahan" Jawab Rasulullah saw:"Orang yang meneguknya merasakan kemewahan lebih dari itu." (HR. Tirmidzi)

Berkata Rasulullah saw:"Aku telah bertemu dengan Ibrahim as. pada malam Isra' maka beliau berkata: 'Wahai Muhammad, sampaikanlah salamku kepada umatmu dan beritahukan kepada mereka, bahwa surga itu tanahnya subur, airnya tawar dan buminya rata, sedang tanamannya ialah 'Subhanallah Walhamdu-Lillah Walaa Ilaaha Illallah Wallahu Akbar' Lanjut beliau: "Sesungguhnya di dalam surga itu terdapat beberapa kamar, dapat dilihat luarnya dari dalam dan dapat dilihat dalamnya dari luar" maka seorang badwi bangkit bertanya: "Untuk siapakah itu ya Rasulullah?" Jawab beliau : "Untuk orang yang berbicara dengan baik, memberi makan kepada yang membutuhkan, sering berpuasa dan bangun malan untuk bersembahyang di waktu manusia sedang tidur nyenyak." (HR. Abu Nu'aim)

Bersabda Rasulullah saw: "Apabila penghuni-penghuni surga telah memasuki surga berkatalah Allah Tabaraka Wa Ta'ala: 'Inginkah aku tambahkan lagi sesuatu yang lain bagimu?' Mereka menjawab: 'Bukankah telah Engkau masukkan kami kedalam surga dan telah Engkau selamatkan kami dari api neraka?' Pada saat itu hijab (tabir penutup) pun terangkat, maka tiada suatu yang lebih utama daripada nikmat melihat wajah Tuhan mereka Azza Wa Jalla" (HR. Muslim dan Tirmidzi)

Abu Hurairah ra. berkata: "Wahai Rasulullah! Apakah kami akan melihat Tuhan kami? jawab beliau:"Ya. Apakah kamu masih ragu tentang penglihatan terhadap matahari dan bulan?" Kami sekalian menjawab: "Tidak!" kata beliau seterusnya: "Demikianlah kamu tidak akan ragu lagi tentang penglihatan terhadap Tuhan kamu. Di Majlis itu kelak tiada seorangpun berada di sana, melainkan Allah akan berkata kepada mereka : 'Wahai Fulan bin Fulan!' Ingatkah kau di hari itu, kau berkata begini dan begini, lalu Dia mengingatkan orang itu sebagian kesalahannya di dunia dahulu. Maka orang itu akan berkata: 'Tidakkah Engkau mengampuniku?' berkata Allah: 'Tentu! kalau tidak karena keluasan ampunan-Ku, niscaya kau tidak akan mencapai kedudukan ini.' Sedang mereka dalam keadaan begitu, beraraklah awan di atas kepala mereka sekalian, tiada pernah mereka hirup bau-bauan seperti itusebelumnya. maka Allah berkata: 'Bangkitlah dan pergilah melihat anugerah besar apa yang telah Aku sediakan untuk kamu, ambillah apa saja yang kamu ingini!' Mereka bangkit mendapatkan suatu pasar yang telah dikelilingi oleh para malaikat, tidak pernah mata mereka melihat, tidak pernah telinga mereka mendengar dan tidak pernah terlintas sesuatu seperti itu di dalam hati mereka. Mereka lalu berebut mengambil apa saja yang mereka ingini, tanpa dijual atau dibeli. Disitulah ahli-ahli surga akan bertemu satu sama lain. Orang yang mendapat kedudukan tinggi di surga akan menemui orang-ornag yang dibawahnya. Orang yang ditemui itu ada kalanya akan terharu melihat pakaian teman yang datang menemuinya. Belum sempat habis berbicara dengannya, tiba-tiba pakaian yang diatas tubuhnya itu ditukar dengan pakaian lain yang lebih cantik dan lebih menarik lagi. hal ini terjadi supaya tiada seorangpun yang berduka cita di dalam surga." (HR. Tirmidzi)

"Katakanlah: Wahai hambaku-hamba-Ku yang telah melampaui batas dalam perbuatan dosa dan menganiaya dirinya sendiri. Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni segala dosa, dan sesungguhnya Dia adalah maha Pengampun lagi maha Penyayang." (QS. 39:53)

"Telah diturunkan oleh Allah SWT, satu bagian dari seratus bagian rahmat-Nyadan disebarkan-Nya di antara manusia, jin, burung, binatang-binatang, ulat-ulat sekalian mahluk-Nya yang dengannya mereka saling meminta dan berkasih sayang. Dan sembilanpuluh sembilan rahmat yang lain disimpan-Nya untuk dirahmatkan bagi semua hambanya di hari kiamat." (HR. Muslim)

Diriwayatkan bila datang hari kiamat, Allah akan mengeluarkan sebuah kitab dari bawah 'Arsy tertera di dalamnya: "Sesungguhnya rahmat-Ku mendahului kemurkaan-Ku dan Aku adalah Yang paling Pengasih dari sekalian pengasih," lalu dikeluarkan dari neraka sebanyak bilangan ahli surga. (HR. Bukhari, Muslim)

"Sebenarnya Allah SWT lebih menyayangi hamban-Nya yang mukmin daripada sayangnya seorang ibu kepada anaknya." (HR. Bukhari, Muslim)

"Siapa yang bersaksi bahwa 'tiada Tuhan melainkan Allah dan bahwasannya Muhammad adalah pesuruh Allah', maka jasadnya akan diharamkan oleh Allah dari api neraka." (HR. Muslim)

"Suatu suara akan menyeru dari bawah 'Arsy di hari kiamat: "Wahai umat Muhammad, semua kesalahanmu terhadap-Ku telah Aku ampuni, yang tinggal kini hanyalah kesalahan-kesalahan diantara kamu, maka bermaaf-maafkanlah kamu, dan masuklah kamu semua ke dalam surga dengan rahmatKu." (HR. Abu Nu'aim)

" ...Dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu ..." (QS. 7:156)
Jangan Lupa komen selepas membaca. Manusia dan islam sentiasa bersama anda.

Terima Kasih kerana bersama Manusia dan Islam.
Terdapat ralat dalam alat ini

Punca Carian

Sila Komen Dengan Berhemah

Related Posts with Thumbnails