Ahad, 25 Januari 2009

Muzik, nasyid atau Zikir




Asalamualaikum...

Terima kasih dan syukur kepada Allah kerana penulisan saya tentang JIHAD mendapat komen dari pembaca. Saya akui kesilapan dalam pemahaman saya tentang JIHAD. ALHAMDULILLAH dengan komen dari sahabat semua saya mendapat ilmu Allah lebih lagi dari semasa ke semasa insyaallah.

Muzik, NASYED atauZIKIR adalah satu lagi bicara yang sering diperkata akhir-akhir ini.
Banyak timbul lagu-lagu dakwah yang berversi sentimental, rock dan macam-macam lagi. Adakah harus kita terima dengan perubahan arus zaman ini. Sedangkan Muzik yang berlagu boleh mengkhayalkan kita dengan muzik yang syahdu bersama iringan band, gitar, piano, drum dan bermacam lagi alat-alat muzik masa kini. Apakah ini semua satu PROPAGANDA yang kita tidak sedari?

Muzik

Muzik adalah satu hiburan yang boleh diterima oleh semua manusia. Muzik boleh membentuk sesuatu budaya masyarakat. Tetapi adakah muzik itu boleh melambangkan budayaISLAM? Atau perlukah muzik itu di dalam Islam.

Sahabat semua cuba kita baca artikel yang yang ditulis di dalam MINDA MUSLIM yang saya rasa ada benar apa yang dibicarakan.

Tetapi apa yang hendak saya rungkaikan disini adalah:-

1) Niat dan Tujuan sesuatu muzik dan nyanyian itu dibuat.

Sesuatu matlamat atau tujuan itu menjadi pokok dan urusan penting serta penentuan penerimaan atau penolakannya. Muzik atau nyanyian tidak terkecuali dari perlu diteliti menurut tujuan dan matlamat dilakukannya.

Di sebut dalam hadith BAGINDA salallahualaihiwasalam yang diriwayatkan dari Umar ibn Khatab ra :

انما الاعمال بالنيات وانما لكل امريء ما نوى

“ Sesungguhnya setiap amal itu dengan niat, dan bagi amalnya (balasan pada amalnya) dengan apa yang diniatkan” (Hadith Sahih, Muttafaqun Alaih –Disepakati oleh Bukhari no. 41 & Muslim no.158).

Sesuatu perbuatan itu tidaklah sia-sia dilakukan melainkan pasti wujud tujuan dan matlamat. Dalam soal muzik dan nyanyian maka ia terbahagi kepada dua keadaan :

a) Tanpa mempunyai tujuan dan niat b) Mempunyai tujuan dan niat

Muzik atau nyanyian yang dilakukan tanpa tujuan dan niat, seperti perbuatan secara fitrah dan semulajadi atau kebiasaan manusia seperti nyanyian kegembiraan dan semangat atau nyanyian kesedihan maka hal ini tidaklah menjadi pertikaian bahawa dimaafkan dan dibolehkan kecuali dalam beberapa keadaan yang menjadikan ia haram seperti nyanyian kesedihan ketika kematian.

Walaubagaimanapun hal ini diterhadkan kepada hujah bahawa sesuatu yang dilakukan tanpa niat dan tujuan merupakan termasuk sesuatu yang sia-sia seperti disebut dalam hadith riwayat Abu Hurairah ra bahawa baginda bersabda : “Sebaik perkara dalam Islam ialah meninggalkan apa yang tidak berkaitan denganya (tidak penting)” (hadith hasan riwayat tirmidzi).

Adapun pada muzik dan nyanyian yang dilakukan dengan mempunyai niat dan tujuan maka ia dilihat pada niatnya apakah berniat baik atau buruk. Ini kerana dalam kaedah fiqhiyah juga turut menyebut “ Sesuatu itu terhukum melalui apa yang diniatkannya” (lihat Al-Wajiz fi usul fiqh m/s 11). Iaitu sekiranya diniatkan baik maka ia diterima dan dibenarkan sekiranya sebaliknya maka ia ditolak dan diharamkan.

Misalnya, seseorang yang bernyanyi dengan menyebut kalimah : “The life is not easy…I feel lonely” atau pun dirinya bernasyid : “ Al-hayah laisa sahlan ..wa ana asy’uru wahdi..(hidup ini tidak mudah…aku merasa seorang diri)
Sebenarnya, nasyid dan nyanyi itu sama sahaja cuma orang lebih nampak nasyid itu bersifat keagamaan dan nyanyi itu lagu bukan agama sedangkan itulah hasil pemikiran sekuler sebaliknya keduanya sama sahaja.

Baik lagu atau nasyid jika haramnya lagu maka haramlah juga nasyid…maka di sinilah kaedah yang empat ini memainkan peranan menimbulkan beza di antara nyanyian yang halal atau haram baik nasyid atau lagu maka perlu diteliti.

Niat kebaikan itu misalnya bernyanyi demi menghilangkan kejemuan dan memberi semangat diri dan memujuk diri maka ini dibolehkan. Demikian juga perbuatan melakukan perubatan dengan menggunakan muzik.

Seperti wujud rawatan moden mengunakan kaedah terapi bunyi dan gelombang dengan menenangkan pesakit jiwa dan mental menggunakan muzik dan bunyi-bunyian indah. Maka ini dibolehkan dan bahkan Al-Qur’an itu sendiri disuruh supaya dilagukan seperti sabda baginda salallahuaalihiwasalam : “Barangsiapa yang yang tidak melagukan Al-Qur’an maka bukanlah dari kalangan kami” (Hadith riwayat Abu Daud dengan isnad jayyid).

Juga tidak salah seorang ibu melagukan zikir dan lagu-lagu yang baik maknanya kepada anak kecilnya atau sebenarnya lebih baik dibacakan ayat suci Al-Qur’an kepada anaknya secara lagu maka ia dibolehkan semuanya.

Namun apabila menjadikan muzik dan nyanyian sebagai hiburan dan diperkembangkan sehingga melalaikan manusia, demi mencari kemewahan dunia, demi kepopularan dan keglamouran maka ini sudah pasti diharamkan dan sekalipun jika dibuat demi kebaikan namun apabila melanggar kaedah yang lain pula maka tetap ia haram.

2) Kesan sesuatu muzik atau nyanyian itu kepada pendengarnya

Menyebut mengenai kaedah pertama ini, maka kita akan mendapati bahawa dalam Islam kesan dan akibat itu menentukan kehalalan atau keharaman sesuatu perkara ini seperti para fuqaha menjatuhkan hukum haram ke atas rokok akibat kemudharatan dan keburukkannya.

Firman Allah swt :

“Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang jijik (keji, buruk)" (Surah Al-A‘raf, ayat 157).

“Janganlah kamu mencampakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan ” (Surah Al-Baqarah, ayat 195).

Demikianlah dengan nyanyian dan muzik, maka hukum nyanyian dan muzik itu ditentukan dengan melihat kepada kesannya kepada umat Islam apakah ia membawa kebaikan dan kerosakan.

Kadar pengharaman muzik dan nyanyian dinilaikan berdasar kepada akibat kesan buruk yang dibawa olehnya ini seperti menurut kaedah fiqhiyah “Kemudharatan itu dicegah dengan kadarnya” (lihat Al-Wajiz fi Qawaid fiqhiyah m/s 91 oleh Dr Abd Karim Zaidan).

Dalam hal ini maka para fuqaha, melihat kesan nyanyian dan muzik itu kepada hati manusia disebabkan hati merupakan perkara asas dalam kehidupan dan jiwa manusia selain dari nyawa dan akal.

Hati ibarat jiwa dan nyawa manakala akal ialah keilmuan dari hasil pengalaman yang menentukan baik dan buruk namun sekalipun hebat akal manusia ia tetap tidak sepenting peranan hati.

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Ketahuilah bahwa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh ini. Dan sebaliknya apabila ia rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.” (HR. Bukhari 1/126 dan 4/290-Al Fath, Muslim 1599 dari Nu’man bin Basyir radliyallahu 'anhuma).

Melihat kepada hadith di atas, bahawa hati itu penting dan menjadi asas kebaikan dan kejahatan manusia, dalam soal penentuan hukum muzik dan nyanyian maka sejauh manakah muzik dan nyanyian itu mempengaruhi hati manusia dan apakah kepada kebaikan dan keburukan maka di situlah letaknya kaedah di atas dalam menghalalkan dan mengharamkan nyanyian.



ZIKIR

Zikir dan membaca Al-Quran adalah bagian dalam mengingat Allah, bersyukur kepada-Nya disetiap waktu, dengan sebanyak-banyaknya. Dengan mengingat Allah, kita akan merasakan penjagaan dan pengawasan Allah terhadap kita, hingga makin besarlah tertanam dalam hatinya keridhaan, keiklasan kelapangan hati dan ketenangan. Ketenangan menjaga kita dari PENYAKIT hati dan fisik.

Dalam Al-Quran Surat Al-Ahzab 41, Allah berfirman:

“Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.”

Mengingat Allah dalam kondisi apapun baik sedang duduk, berbaring. Dalam Al-Quran surat Ali-Imram 3:191, Allah berfirman

”(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.”


Berzikir kepada Allah


Zikir kepada Allah adalah amalan yang paling ampuh untuk mencapai tsabat. Kerana pentingnya zikir ini, Allah memadukan antara zikir dengan jihad sebagaimana dalam firman-Nya: "Hai orang-orang yang beriman, bila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah dan berzikirlah kepada Allah sebanyak-banyaknya." (Al Anfal : 45)

Dalam ayat tersebut Allah menjadikan zikrullah sebagai amalan yang baik untuk mencapai tsabat dalam jihad. Nabiyullah Yusuf Alaihis Salam pun memohon bantuan untuk mencapai tsabat dengan zikrullah saat dirayu oleh
seorang perempuan cantik yang mempunyai kedudukan tinggi. Demikianlah pengaruh zikrullah dalam memberikan keteguhan iman kepada orang-orang beriman.

Tak seorang pun bisa menjamin dirinya akan tetap terus berada dalam keimanan sehingga meninggal dalam keadaan khusnul khatimah. Untuk itu kita perlu merawat bahkan senantiasa berusaha menguatkan keimanan kita. Makalah ini insya-Allah membantu kita dalam usaha mulia itu.

Kesimpulan

Kesimpulannya apabila sesuatu muzik dan lagu itu melalaikan maka hukumnya ialah haram dan berdosa kerana sesuatu yang melalaikan itu bererti melupakan manusia dari tanggungjawabnya sebagai hamba dan kewajipan syariat.

Seperti arak diharamkan kerana ia memabukkan maka demikianlah juga muzik dan nyanyian diharamkan jika ia melalaikan dan melekakan.

Dari Abi Malik Al Asy’ari dari Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam beliau bersabda : “Sesungguhnya akan ada sebagian manusia dari umatku meminum khamr yang mereka namakan dengan nama-nama lain, kepala mereka bergoyang-goyang kerana alat-alat muzik dan penyanyi-penyanyi wanita, maka Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan menjadikan sebagian mereka kera dan babi.” (HR. Bukhari dalam At Tarikh 1/1/305, Al Baihaqi, Ibnu Abi Syaibah dan lain-lain. Lihat Tahrim ‘alath Tharb oleh Syaikh Al Albani halaman 45-46).

Dari Abi ‘Amir --Abu Malik-- Al Asy’ari, dari Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam beliau bersabda : “Sungguh akan ada di kalangan umatku suatu kaum yang menganggap halalnya zina, sutera, khamr, dan alat-alat muzik ” (HR. Bukhari 10/51/5590-Fath).

Dari ‘Abdurrahman bin ‘Auf ia berkata : Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Sesungguhnya saya tidak melarang (kamu) menangis, tapi saya melarangmu dari dua suara (yang menunjukkan) kedunguan dan kejahatan, iaitu suara ketika gembira, iaitu bernyanyi-nyanyi, bermain-main, dan seruling-seruling syaitan dan suara ketika mendapat musibah, memukul-mukul wajah, merobek-robek baju, dan ratapan-ratapan syaitan.” (Dikeluarkan oleh Al Hakim, Al Baihaqi, Ibnu Abiddunya, Al Ajurri, dan lain-lain, lihat Tahrim ‘alath Tharb halaman 52-53).

Dari Ibnu Abbas, ia berkata bahwa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan bagiku --atau mengharamkan-- khamr, judi, al kubah (gendang), dan seluruh yang memabukkan ialah haram.” (HR. Abu Dawud, Al Baihaqi, Ahmad, Abu Ya’la, Abu Hasan Ath Thusy, Ath Thabrani dalam Tahrim ‘alath Tharb halaman 55-56).

Dari ‘Imran Hushain ia berkata : Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Akan terjadi pada umatku, lemparan batu, perubahan bentuk, dan ditenggelamkan ke dalam bumi.” Dikatakan : “Ya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam, bilakah hal itu akan terjadi?” Baginda menjawab : “Jika telah tersebarnya alat-alat muzik, banyaknya penyanyi wanita, dan diminumnya khamr-khamr.” (Dikeluarkan oleh Tirmidzi, Ibnu Abiddunya, dan lain-lain, lihat Tahrim ‘alath Tharb halaman 63-64).

Kesemua dalil dan hujah di atas secara jelas mengharamkan muzik dan nyanyian tanpa mengira apakah disebabkan ia berpunca dari jenis bertali atau tidak bertali.

Pedulikan apa jenisnya, selagi ia melalaikan maka ia tetap haram dan membawa kepada dosa. Sekalipun nasyid In Team dan UNIC dengan lagu mereka berjudul kasih kekasih dapat membuatkan muslimat bertudung labuh tergedik-gedik berangan lelaki, membuatkan muslimat berjubah menghayun kepalanya kiri dan kanan sambil menikmati sedapnya lagu itu berkhayal maka jelas sekali haramnya nasyid ini.

Apa pun jenis hiburan jika ianya menuju kearah merosakkan atau maksiat mesti kita tentang dan jauhi. Tidak mengira ianya muzik tetapi jika dilagukan untuk Islam kita semestinya menyokong dan bersama-sama menjayakan. Bagi saya muzik itu adalah satu Medium dakwah yang luas. Ianya boleh diterima oleh pelbagai bangsa dan juga kaum baik Islam mahu pun tidak. Islam itu Indah, keindahan Islam itu sememangnya amat dicemburui oleh pihak yang bertentangan. Islam itu universal dan segala-galanya ada di dalam Islam. Baik muzik atau nasyid, kita cuba terima selagi ianya tidak bertentangan dengan hukum-hukum Islam. Tetapi Zikir itu mestilah kita amalkan setiap masa. Zikir adalah jalan untuk kita hampir kepada Allah. Kehidupan ini hanyalah sementara dan bukan kekal selama-lamanya.

ps:- yang baik itu dari Allah dan kesilapan dalam artikel ini adalah dari diriku yang jahil.

Reblog this post [with Zemanta]

Manusia dan Islam akan berpindah ke Manusia dan Islam (BETA) pada 1 Jun 2012

Jangan Lupa komen selepas membaca. Manusia dan islam sentiasa bersama anda.

Terima Kasih kerana bersama Manusia dan Islam.

Facebook Share

Punca Carian

Sila Komen Dengan Berhemah

Related Posts with Thumbnails