Jumaat, 13 Februari 2009

Alam Roh - episod 2



Assalamualaikum...

Setelah apa yang kita semua tahu tentang apa yang dikata Ruh itu didalam Alam ruh episod 1 maka kita fahamlah serba sedikat siapa sebenarnya diri kita ini.

Walaupun Allah berkata hakikat roh atau zat roh tidak dapat diketahui dan tidak dapat dijangkau oleh akal dan mata kepala, namun ada juga ulama-ulama yang berijtihad tentangnya.
Antaranya ialah Imam Malik. Beliau pernah berkata: “Roh manusia itu sama saja bentuknya dengan jasad lahirnya.”

Kalau diambil ijtihad Imam Malik itu, ertinya rupa roh kita ialah macam rupa bentuk badan lahir kita. Ini juga memberi erti bahawa walaupun Allah berkata roh itu adalah urusan-Nya, iaitu hakikat roh itu Allah saja yang tahu dan makhluk lain tidak mengetahuinya, tetapi tidak pula ada larangan dari Allah kalau ada sesiapa yang ingin berijtihad untuk mengkajinya. Bagi sesetengah orang, mungkin Allah beri ilmu yang mendalam tentang hal ini sehingga dia dapat menjangkaunya. Oleh itu maksud ayat Al Quran yang menyatakan ‘roh itu adalah urusan Tuhanku’, Allah bermaksud kebanyakan manusia tidak dapat mengetahuinya tetapi tidak pula menolak kalau ada orang-orang yang tertentu secara khusus yang Allah beri ilmu tentang hakikat roh ini sehingga dapat menghuraikannya.


Rasulullah Muhammad SAW adalah utusan Allah untuk mengajarkan agama dan tidak secara khusus untuk menerangkan hakikat segala sesuatu. Kadang pertanyaan seperti itu dijawab oleh Rasulullah SAW sebagaimana dibimbing oleh Allah SWT. Semisal pada ayat 189 s. 2 (Albaqarah). Ketika kaum muslimin bertanya tentang bulan sabit, Rasul SAW dibimbing oleh Allah SWT tidak menjawab hakikat bulan sabit, tetapi hikmah adanya bulan sabit tersebut. Sedang kepada kaum Yahudi yang menyombongkan ilmu, Allah SWT melalui wahyu kepada nabi Muhammad SAW mengatakan ''dan tidaklah kamu diberi ilmu pengetahuan, kecuali sedikit."(QS.17:85).


Dengan pandangan kefahaman yang sedikit tentang ilmu-ilmu roh ini maka kita sambung kembali kuliah kita tentang roh oleh Ustad Dato' Ismail Kamus semoga mendapat manfaat darinya.


Alam Roh Siri 2 - Ust Dato Ismail Kamus




Reblog this post [with Zemanta]

Manusia dan Islam akan berpindah ke Manusia dan Islam (BETA) pada 1 Jun 2012

Jangan Lupa komen selepas membaca. Manusia dan islam sentiasa bersama anda.

Terima Kasih kerana bersama Manusia dan Islam.

Facebook Share

Punca Carian

Sila Komen Dengan Berhemah

Related Posts with Thumbnails