Manusia Dan Islam: Al-Qur'an penawar penyakit

Ahad, 15 Februari 2009

Al-Qur'an penawar penyakit




Assalamualaikum...

Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana diwaktu ini kita masih lagi dapat bersama-sama di blog " Manusia dan Islam ". Tajuk pada kali ini telah banyak kita ketahui dan telah membaca di akhbar dan rencana-rencana di dalam media massa. Tetapi hari ini kita kupas tajuk Al-Quran Penawar Penyakit ini dengan lebih mendalam. Moga kita akan mendapat kefahaman yang mendalam tentang tajuk yang dikupas ini insyaallah.


Firman Allah :-



“Dan Kami turunkan dari Al Qur’an suatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, tidaklah menambah kepada orang-orang zalim selain kerugian.” (QS. Al Israa’:82)


Rasulullah s.a.w. bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." - maksud hadis riwayat Muslim.

Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya telah menggunakan Al-Quran dan doa-doa untuk mengubati berbagai macam penyakit, baik disebabkan oleh tukang sihir seperti guna-guna dan lain-lainnya atau disebabkan oleh gangguan jin seperti kerasukan dan penyakit-penyakit aneh lainnya atau terkena gigitan binatang berbisa seperti kala-jengking, ular dan sebagainya. Rasulullah SAW juga menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa untuk penjagaan dan perlindungan diri.

Terdapat banyak hadis Nabi yang menyebutkan akan kelebihan ayat-ayat atau surah-surah tertentu yang kalau dibaca, diamal atau ditiupkan sebagai "Jampi" kepada mereka yang mengidap penyakit tertentu akan dapat menyembuhkannya dengan izin Allah SWT. Islam juga mengajarkan bahawa segala jenis ubat yang diambil untuk satu-satu penyakit hanyalah berfungsi sebagai bahan rawatan yang diklasifikasikan sebagai usaha ke arah meringankan beban derita pesakit, pendek kata bukan sebagai penyembuh. Umat Islam ditanamkan keyakinan bahawa yang menyembuhkan itu hanya Allah SWT semata-mata, manakala yang lain dari aneka jenis dan jenama ubat-ubatan hanyalah usaha merawat untuk meringankan penderitaan yang ditanggung pesakit yang juga tidak akan membawa apa-apa kesan melainkan dengan izin Allah SWT.


Bagi semua pembaca setia Blog " Manusia dan Islam " untuk lebih memahami tajuk yang dibincangkan ini dangan lebih mendalam lagi mari kita bersama-sama mendengar kuliah dari Ustad Harun Din yang membicara tantang tajuk yang diutarakan diblog ini. Moga apa yang diceramah dan diterangkan dapat menambahkan lagi kefahaman kita tentang tajuk Al-Quran - penawar penyakit ini insyaallah.



Al-Quran Penawar Penyakit - Ustaz Harun Din




Jangan Lupa komen selepas membaca. Manusia dan islam sentiasa bersama anda.

Terima Kasih kerana bersama Manusia dan Islam.
Terdapat ralat dalam alat ini

Punca Carian

Sila Komen Dengan Berhemah

Related Posts with Thumbnails