Manusia Dan Islam: 04/01/2010 - 05/01/2010

Rabu, 28 April 2010

Manusia dan Islam - "Noah's Ark" Benarkah Penemuan Bahtera Nabi Noh?


"Noah's Ark"  Benarkah Penemuan Bahtera Nabi Noh?


Dikisahkan, sekitar 4.800 tahun lalu, banjir besar melanda Bumi. Sebelum bencana maha dahsyat itu terjadi, Nabi Nuh -- nabi ketiga agama, Islam, Kristien, dan Yahudi, diberi wahyu untuk membuat kapal besar -- demi  menyelamatkan umat manusia dan mahluk Bumi lain.

Cerita tentang bahtera Nabi Nuh dikisah dalam berbagai buku, pelbagai filem dan lain-lain. 
Untuk membuktikan kebenaran penemuan tersebut , para pengkaji sejarah dari China dan Turki telah bergabung dalam misi  'Noah's Ark Ministries International' selama bertahun-tahun mencari sisa-sisa Bahtera tersebut.

 Dan akhirnya  26 April 2010 mereka telah mengumumkan bahawa mereka telah berjaya menjumpai bahtera Nabi Nuh di Turki. Mereka telah menemukan sisa-sisa perahu Nabi Nuh berada di ketinggian 4.000 meter di Gunung Agri atau Gunung Ararat, di Turki Timur.

Mereka bahkan mendakwa  berjaya  masuk ke dalam Bahtera  itu, mengambil foto dan beberapa specimen untuk membuktikan dakwaan mereka.



Menurut para peneliti, specimen yang mereka ambil memiliki usia karbon 4.800 tahun, sesuai dengan apa yang digambarkan dalam sejarah.

Jika Dakwaan mereka benar, para peneliti Evangelis itu telah menemukan Bahtera paling terkenal dalam sejarah.

"Kami belum yakin 100 peratus bahawa ini benar Bahtera Nabi Nuh, tapi keyakinan kami sudah 99 peratus," kata salah satu anggota kumpulan yang bertugas membuat filem dokumenteri, Yeung Wing, seperti dimuat laman berita Turki, National Turk, 27 April 2010.

Ikuti video Penemuan Bahtera  Nabi Noh



Adakah Penemuan mereka ini Benar? Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Khamis, 22 April 2010

Manusia dan Islam - SEKETUL KEJU DAN SEHELAI TUALA KECIL

    Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya
   disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini
   sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah
   menegurnya.

   "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa
   yang kamu sorokkan di tanganmu?"

   Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-
   "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi
   aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung
   kesakitan ini." Balas gadis tadi.

   "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

   Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi
   berjumpa ibuku di dalam neraka.

   Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia
   amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat
   keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika
   menahan sebak.

   "Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan
   kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua
   benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku
   bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu
   rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh
   dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

   Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya
   dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah
   disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan
   menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

   Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan
   sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman
   dari telaga nabi.

   Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat
   beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang
   kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu
   sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah
   agama.

   Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni
   syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada
   isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan
   ketika didunia.

   Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas
   menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke
   neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka
   telah menyambar tanganku sehingga melecur.

   Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur
   teruk.. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."
   Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti
   mengalir dipipi.

   Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis
   tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika
   sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar
   menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.

   Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah
   lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan
   berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah- mudahan segala
   dosanya terampun.

   INSYALLAH"

   "WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR
   TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA..."

Ahad, 18 April 2010

Manusia Dan Islam - ALLAH BERSUMPAH DENGAN BUAH TIN

Manusia Dan Islam - ALLAH BERSUMPAH DENGAN BUAH TIN


Terkandung didalam surah At-Tin dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun . Apakah keistimewaan buah tin dan zaitun ini sehinggakan Allah bersumpah diatasnya? Ada beberapa hadis dan riwayat yang menerangkan tentang fadhilat dan kelebihan buah-buah ini.

Diantara kelebihan buah tin:

  •  Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda: "Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”
  • Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah tin kerana dengan buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Hawa di dalam Syurga sewaktu Allah singkap aurat kedua-duanya selepas memakan buah larangan dalam Syurga.

Buah teen kering mengandungi kurang air dibandingkan dengan buah teen yang segar iaitu lebih kurang 23%. Buah teen kering juga membekalkan enam kali lebih banyak kalori daripada buah yang segar. Pengeringan buah teen mengakibatkan pemekatan nutrisi didalamnya yang mana ianya menjadi lebih kaya dengan protin, lemak, karbohidrat. vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan potasium. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah.






Nilai nutrisi didalam buah teen kering:

  • Protin gm 4.3
  • Lemak gm 1.3
  • Mineral gm 2.4
  • Serat gm 5.6
  • Karbohidrat gm 63.4
  • Tenaga kcal 274
  • Kalsium mg 126
  • Forforus mg 77
  • Zat besi mg 3
  • Vitamin C mg 1


KHASIAT BUAH TIN

Buah ini dapat menyembuh beberapa jenis penyakit, antaranya ialah:

  • Penyakit Buasir
  • Sakit-sakit dan bengkak-bengkak badan
  • Batuk yang berpanjangan
  •  Melawas kencing

Rabu, 7 April 2010

Manusia dan Islam - Masjid Nabawi Masjid Nabi

Manusia dan Islam - Masjid Nabawi Masjid Nabi



Sejarah Masjid Nabawi
 
Waktu Rasulullah SAW masuk Madinah, kaum Ansar mengalu-alukan beliau serta menawarkan rumah untuk beristirahat. Namun Rasulullah SAW menjawab dengan bijaksana:"Biarkanlah unta ini jalan, karena ia diperintah Allah".

Setelah sampai di hadapan rumah Abu Ayyub Al Ansari, unta tersebut berhenti, kemudian dipersilahkan oleh Abu Ayyub Al Ansari tinggal di rumahnya.

Setelah beberapa bulan di rumah Abu Ayyub Al Ansari, Nabi mendirikan masjid di atas sebidang tanah yang sebagian milik As'ad bin Zurrah diserahkan sebagai wakaf. Sebagian lagi milik anak yatim Sahal dan Suhail anak Amir Bin Amarah di bawah asuhan Mu'adz bin Atrah.

Waktu membangun Masjid, Nabi meletakkan batu pertama selanjutnya kedua, ketiga, keempat dan kelima masing-masing oleh Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali. Kemudian dikerjakan dengan gotong royong sampai selesai.


Pagarnya dari batu tanah (setinggi +/- 2m). Tiang-tiangnya dari batang kurma, atap dari pelepah daun kurma, halaman ditutup dengan batu-batu kecil. kiblat menghadap Baitul Maqdis, karena pada waktu itu perintah Allah untuk menghadap Ka'bah belum turun.

Pintunya tiga buah yaitu pintu kanan, pintu kiri dan pintu belakang. Panjang masjid 70 hasta, lebar 60 hasta. Dengan demikian masjid itu sederhana sekali tanpa hiasan, tanpa tikar dan untuk penerangan waktu malam hari digunakan pelepah kurma yang kering dan dibakar.

Masjid tersebut dibuat tahun ke 1 Hijrah. Di sebelah timur masjid dibangun tempat kediaman Nabi dan keluarganya yang kemudian jadi tempat pemakamannya.


Terbesar di Dunia
 
Masjid Nabawi terus diperluas oleh sahabat dan penerus beliau berturut-turut sebagai berikut :


  • Khalifah Umar bin Khattab
  • Khalifah Usman bin Affan
  • Khalifah Walid bin Mahdi
  • Asyraf Al Qoit Bey
  • Sultan Abdul Majid Al Usman
  • Raja Abdul Aziz
Pada bulan Safar 1405 H atau November 1984 M, Raja Fahd yang bergelar "Pelayan Dua Tanah Haram" meletakan batu pertama projek perluasan Masjid Nabawi yang paling signifikan dan termegah sepanjang sejarah.

Setelah tertunda satu tahun, akhirnya pada bulan Muharam 1406 H atau Oktober 1985, bermulalah projek besar ini dengan penggurusan pertama meliputi 100.000 meter persegi berupa bangunan hotel-hotel bertingkat, pasar atau komplek pertokoan. Kemudian di atas tanah tersebut dibangunlah suatu bangunan Masjid baru seluas 82.000 meter persegi yang mengitari dan menyatu dengan bangunan Masjid yang sudah ada.

Dengan tambahan bangunan baru ini, luas lantai dasar Masjid Nabawi kira-kira 98.000 meter persegi yang dapat menampung 167.000 jamaah. Sedangkan lantai atas digunakan untuk solat seluas 67.000 meter persegi dapat menampung sebanyak 90.000 jamaah.

Satu Juta Jemaah


 
Apabila halaman Masjid dipenuhi jama'ah solat, maka masjid Nabawi dan halamannya dapat menampung 650.000 jama'ah pada musim biasa (low season) dan lebih 1.000.000 jama'ah pada musim haji atau bulan Ramadhan (high season). Halamannya pada saat ini sebanding dengan kota Madinah ketika kehadiran pertama Rasullah.







Kubah Masjid


 
Untuk pengaturan udara dalam bangunan yang sedemikian besar dan luas, dibuatlah 27 ruang terbuka dengan ukuran masing-masing 18x18 m. Sebagai atap dibuat kubah yang dapat dibuka dan ditutup secara elektronik dan dapat juga secara manual. Setiap kubah memiliki berat 80 ton terbuat dari kerangka baja dan beton yang dilapis kayu pilihan dengan hiasan "relief" bertahtakan batu mulia sejenis phirus yang sangat indah, sedangkan bagian luar atasnya dilapis dengan keramik tahan panas.








Penghawa Dingin Raksasa
 
Untuk menyejukkan Masjid, dibangunlah satu unit penghawa dingin sentral raksasa di atas tanah seluas 70.000 meter persegi yang terletak 7 km sebelah barat Masjid. Hawa dingin yang dihasilkan sistem itu dialirkan melalui pipa bawah tanah dan distribusikan ke setiap penjuru Masjid melalui bagian bawah setiap pilar yang berjumlah 2.104 buah.

Jumlah pilar pengalir udara sejuk yang fantastik tersebut merupakan ciri khas Masjid Nabawi, karena pengaturan posisi yang rapi dan keindahannya yang tiada tara. Pilar-pilar bundar dan tegar ini dibuat dari beton bergaris tengah 64 cm, kemudian dilapisi marmar tebal berwarna putih susu. Di kakinya yang kokoh itulah dipasangi ventilasi untuk mengalirkan hawa dingin. Jarak antara satu pilar dengan yang lain adalah 6 m dan 18 m. Tinggi dari lantai dasar sampai lengkungan lantai atas 5,6 m dan pada batas lengkungan itu dipajang lampu hias yang indah dan dikurung dalam sangkat ber-ornamen lapis emas.

Menara 104 meter

 
Sebelum diperluas Masjid Nabawi hanya memiliki 4 menara, namun pada bangunan setiap pojok masjid yang megah ini telah didirikan menara-menara baru, sehingga semuanya ada enam buah. Termasuk 2 menara besar yang mengapit pintu gerbang utama "Pintu Raja Fahd bin Abdul Aziz".

Di puncak setiap menara baru yang berketinggian 104 m itu terdapat ornamen "bulan sabit" dari bahan perunggu yang dilapisi emas murni 24 karat dengan tinggi 7 m dan berat 4,5 ton. Pada ketinggian 87 meter dipasang "sinar laser" yang memancarkan cahaya ke arah Mekah sejauh 50 km, untuk menunjukkan arah kiblat dinyalakan pada saat-saat tertentu (waktu sholat). Sekarang Masjid Nabawi memiliki sepuluh menara yang sangat bagus dan mahal.


674 Lampu Kristal 


 
  Untuk memberikan keterangan dan keindahan di dalam Masjid yang lama (ruangan berpilar warna kuning kubah), dipasang 674 lampu-lampu kristal pilihan yang tidak membiaskan panas. Lampu cantik tersebut disusun dengan kerangka dari bahan kuningan berlapis emas berjumlah 674 buah, terdiri dari tiga macam ukuran.

Adapun yang besar berukuran garis tengah 342 cm dengan berat sekitar 485 kg (seperti yang terdapat di Raudah) dan yang sedang berukuran garis tengah 140 cm seberat 145 kg, dan yang kecil berukuran garis tengah 120 cm, berat 125 kg, lampu-lampu ini ditempah khusus dari itali, produk kristal terkenal Eropah.



12 Payung Raksasa
 
Pada bagian tengah Masjid Nabawi terdapat dua ruang terbuka yang setiap ruang dilengkapi enam buah payung artistik, hasil perpaduan arsitektur moden dan teknologi canggih. Dengan dana yang mencukupi maka lahirlah sebuah karya yang patut dibanggakan berupa "12 payung raksasa" peneduh panas yang dapat terbuka dan tertutup secara automatik yang diatur oleh sistem komputer.

Selain itu melalui sebahagian salurnya dipasang AC yang secara automatik pula memancarkan hawa dingin.

  Basement 73.500 meter persegi

 
Di bawah bangunan baru terdapat basement seluas 73.500 meter persegi dan tinggi 4,5 m yang dipergunakan untuk menempatkan pusat-pusat mengawal elektronik, mekanik, sound system, serta pendingin udara.

Dalam usaha untuk keperluan darurat apabila elektrik terpadam, disiapkanlah generator yang terdiri dari 8 unit mampu menghasilkan 2,5 MW mampu untuk menerangi di seluruh bangunan Masjid dan halaman sekitarnya.

Parkir 4.500 Kenderaan

 
Luas halaman Masjid Nabawi yang dipersiapkan untuk dapat digunakan sebagai kawasan solat di Masjid Nabawi adalah 206.000 meter persegi yang diperkirakan dapat menampung 400.000 jama'ah.

Halaman ini berlantai granit dan marmar putih yang direka sedemikian rupa sehingga menampakkan bentuk seni arsitektur islam. Di bawah lantai ini terdapat konstruksi raksasa, terdiri dari dua lantai bawah tanah untuk parkir seluas 292.000 meter persegi yang dapat menampung 4.500 kenderaan.

Juga terdapat beberapa fasaliti lainnya, seperti tandas sebanyak 2.500 unit, tempat wuduk 6.800 pancuran dan tempat air minum sejuk bertaburan di 560 lokasi. Untuk masuk atau keluar dari kawasan bawah tanah ini, disediakan kawasan pejalan kaki dengan tiga sistem : tangga biasa, tangga jalan dan lift.

Adapun untuk kendaraan disediakan 6 pintu yang  bertemu dengan jalan-jalan raya utama sekeliling Masjid yang berakses terus ke seluruh penjuru kota Madinah.

Isnin, 5 April 2010

Manusia dan Islam - Bercinta Cara Islam



Manusia dan Islam - Bercinta Cara Islam 


Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti ini jika manusia akan diperintahkan untuk memebunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.Rasulullah pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin cinta-menyintai ini.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah kali itu agak menarik ; Jodoh.

Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan yang cara masyarakat sekarang telah lari daripada syariat yang sepatutnya. “Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan yang empunya diri dan terus menyatakan niat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji sumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, emak dan ayah tak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau. 

Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali mereka dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah Haram perempuan itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.


Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Ada pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’ dan macam-macam lagi.” Sabar dahulu saudari. Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimana Islam mengajarkan wanita yang berkeinginan bernikah, menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah. Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad SAW dan Khadijah dimulakan dengan Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad, beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Nabi Muhammad. Oleh itu Khadijah menyuarakan keinginannya melalui perantaraan Nafisah binti Manbah agar merisik Nabi Muhammad untuk dirinya. Tawaran itu disambut aik oleh Muhammad dan dengan tidak membuang masa, baginda terus menyatakan hasrat hatinya yang mulia itu kepada bapa-bapa saudaranya dan mereka pun terus melamar Khadijah melalui bapa saudaranya, ‘Amru bin Asad. Perkahwinanpun dilaksanakan dengan selamatnya.* Begitulah yang diajarkan dalam sirah. Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk menjalankan sunnah baginda Rasulullah SAW? Cuma caranya biarlah sesuai dengan masyarakat kita. Jika kita seseorang perempuan itu sudah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan sahaja kepada ibu bapa, agar dapat menghubungi pihak keluarga si lelaki itu. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

(*Fiqih Sirah, Jilid 1. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti. Bab Perniagaan Dengan Harta Siti Khadijah Dan Perkahwinan Baginda)

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh manusia serta diredhai oleh Allah. Inilah percintaan dalam Islam, iaitu selepas perkahwinan. Insya-Allah kalau segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan kita itu.

Untuk kita yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita. Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah mampu untuk memikul tanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir dan batin, maka bernikahlah. Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih mulia daripada mereka yang ber’couple’, dan memuaskan nafsu mengikut telunjuk syaitan. Ikutilah cara-cara menuju pernikahan yang telah diterangkan di atas. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

Artikel dari halaqah-online

Manusia dan Islam



Ahad, 4 April 2010

Manusia dan Islam - Kenali IFRIT Atau JIN IFRIT










Kenali IFRIT Atau JIN IFRIT


Ifrit ialah nama bagi segolongan jin kafir yang di antara mereka diberi kekuatan dan kepintaran oleh Allah s.w.t. yang ampunya hati busuk terhadap manusia.

Dalam peristiwa antara Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis, termaktub dalam al-Quran tentang kisah burung Hud-hud yang memberitahu kepada Nabi Sulaiman tentang adanya seorang raja perempuan di negeri Saba', yang terletak di selatan semenanjung Arab. Dalam Surah an-Nahl ayat 34 diceritakan tentang kesuburan tanah Saba' yang dapat mengeluarkan hasil bumi berlipat ganda. Ratu Saba' yang bernama Balqis mempunyai singahsana yang diperbuat daripada emas, bertatahkan ratna mutu maknikam dan batu permata yang mahal-mahal. Dikatakan bahawa nama ayahnya ialah Shurahil, ibunya daripada bangsa jin bukan manusia.

Menurut Ath-Tha'labi dan al-Hafiz Ibn Kathir, bapa Ratu Balqis adalah raja besar. la enggan berkahwin dengan seorang perempuan Yaman. la telah jatuh cinta dengan seorang perempuan jin namanya Rayhanah binti As-Sakn dan melahirkan Ratu Balqis. Nama yang dipilih oleh ibunya untuk Ratu Balqis ialah Talqamah. Setengah pendapat mengatakan Balqamah.

Burung Hud-hud telah memberitahu Nabi Sulaiman bahawa Ratu Balqis dan kaumnya sujud kepada matahari (an-Naml ayat 24). Diterangkan juga bahawa biarpun kepercayaan mereka kepada Allah itu ada, namun yang mereka utama ialah penyembahan terhadap matahari. Syaitan telah memesongkan kepercayaan mereka. Mereka telah dipujuk-pujuk, dirayu oleh iblis dan syaitan hingga mereka terpedaya. Mereka merasakan bahawa amalan dan kepercayaan yang mereka lakukan itu adalah amalan yang baik dan benar.

Mendengarkan berita Hud-hud itu, Nabi Sulaiman telah berjanii akan menyelidiki kebenaran kata-kata tersebut. Setelah itu Nabi Sulaiman telah memerintahkan Hud-hud menghantar surat kepada Ratu Balqis.Baginda telah memanggil pembesar-pembesarnya apabila menerima surat yang menyuruhnya tunduk dan tidak membesarkan diri itu. Ratu Balqis mengatakan bahawa surat tersebut adalah surat mulia dari seorang raja yang besar lagi perkasa, yang memakai nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Para pembesar sepakat menjawab bahawa mereka mempunyai kelengkapan yang kuat dan cukup namun demikian segala keputusan terletak pada ratu sendiri.

Ratu Balqis telah mengambil keputusan untuk memberi hadiah kepada Nabi Sulaiman (an-Naml ayat 35), kerana menurut kebiasaannya hadiah itu boleh mempengaruhi keputusan seseorang. Menurut tafsir Ibn Abbas, Ratu Balqis berkata kepada para pembesarnya kalau hadiah itu diterima ini menunjukkan bahawa Nabi Sulaiman itu hanya seorang raja dan perlu diperangi. Jika hadiah itu ditolak ini menunjukkan bahawa ia adalah seorang yang perlu diikuti. Nabi Sulaiman telah menolak hadiah tersebut dan mengancam akan memerangi Ratu Balqis.

Setelah utusannya kembali semula ke Saba', Ratu Balqis merasakan bahawa kerajaannya tidak berupaya hendak melawan Nabi Sulaiman. Tidak ada faedahnya kalau ia bersikap membesarkan diri. Kemudian baginda memerintahkan utusan itu kembali semula mengadap Nabi Sulaiman dengan berita ia akan segera datang bersama raja-raja dalam negerinya untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut tentang agama yang diperkatakannya itu. Setelah itu baginda pun memerintahkan pengawal-pengawal istana mengemas singahsana yang diperbuat daripada emas padu bertatahkan maknikam, batu zamrud, zabarzad dan mutiara itu untuk disimpan dalam sebuah peti besar tujuh lapis dan disuruh kunci serta dipelihara dengan baik agar tidak ada yang mendekati duduk di atasnya atau melihatnya sehingga ia kembali dari menemui Nabi Sulaiman. Kemudian baginda pun keluar menuju ke Sham bersama-sama rombongannya.

Semasa Ratu Balqis dalam perjalanan menuju ke istana Nabi Sulaiman, dalam masa yang sama, Nabi Sulaiman telah memerintahkan jin-jin melaporkan perjalanan tersebut. Setelah beberapa hari sahaja lagi rombpngan itu akan tiba ke istana Nabi Sulaiman, baginda telah bertanya kepada orang-orang besarnya jika ada di antara mereka yang boleh membawa singgahsana Ratu Balqis ke tempat Nabi Sulaiman sebelum ia datang menyerah diri menerima agama yang didakwahkan. Mendengarkan pertanyaan tersebut salah satu ifrit telah berjanji bahawa ia akan membawa singahsana Ratu Balqist sebelum Nabi Sulaiman berdiri dari tempat duduknya. Ifrit berjanii dengan mengatakan bahawa yang dikatakan itu adalah benar. Singahsana tersebut tidak akan rosak, tidak akan terdapat cacat cela barang sedikit pun terhadap singahsana tersebut biarpun antara Palastin dan Saba itu jaraknya beratus-ratus batu seperti yang tersebut dalam al-Quran

Surah an-Naml ayat 38 dan 39. (Maksudnya)

(Nabi Sulaiman) berkata, wahai orang-orang besar, siapakah di antara kamu yang akan membawakan singahsahanya sebelum dia datang kepadaku dalam keadaan berserah diri. Berkata ifrit (yang cerdik) daripada bangsa jin, aku akan datangkan kepadamu sebelum engkau berdiri dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku berupaya dan boleh dipercayai untuk melakukan demikian.

Mendengarkan janji ifrit sedemikian rupa, seorang lelaki alim ahli kitab bernama Asif bin Burkhya, yang dikatakan sebagai setiausaha peribadi Nabi Sulaiman telah sanggup mendatangkan singahsana tersebut sebelum mata Nabi Sulaiman berkelip. Kesanggupan ini termaktub dalam :-

Surah an-Naml ayat 40: (Maksudnya)

Berkata seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab, Aku akan datangkan singgahsana itu kepadamu sebelum matamu berkelip. Maka setelah dilihatnya singgahsana itu terletak di hadapannya, iapun berkata: Ini adalah kurnia Tuhanku untuk menguji aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (alam nikmatnya). Dan barang siapa yang bersyukur, maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya dan barang siapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, Lagi Maha Mulia.


Terdapat berbagai-bagai riwayat tentang lelaki ahli al-Kitab yang sanggup membawa singahsana Ratu Balqis dalam sekelip mata yang mencabar keupayaan ifrit tadi. Selain nama Asif tadi, ada riwayat mengatakan bahawa orang tadi ialah Nabi Hidir, manakala riwayat lain pula mengatakan bahawa orang itu sebenarnya ialah Nabi Sulaiman sendiri.

Biar apa perbezaan riwayat mengenainya, maksud sebenar yang perlu difahami di sini ialah ifrit yang tersebut dalam al-Quran ini adalah daripada jenis jin yang bijak dan mempunyai keupayaan luar biasa, yang umumnya kebijaksanaan seperti ini tidak dapat ditandingi atau dilakukan oleh manusia biasa. Namun demikian berdasarkan peristiwa tersebut ternyata bahawa manusia yang berilmu itu lebih bijak dan berupaya mengalahkan kekuatan ifrit yang begitu perkasa dan bijaksana. Jelasnya bahawa ifrit adalah daripada golongan jin. Di antara mereka ada yang bijak dan tidak bijak. Namun demikian, umumya tabiat ifrit adalah untuk merosakkan manusia. Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ifrit pernah datang untuk menggoda supaya Rasulullah terputus daripada mengerjakan sembahyangnya:

Sesungguhnya ada satu ifrit daripada golongan jin mencuba ke atasku (lalu melintas di hadapanku) malam tadi untuk mengoda agar sembahyangku putus.



Jangan Lupa komen selepas membaca. Manusia dan islam sentiasa bersama anda.

Terima Kasih kerana bersama Manusia dan Islam.
Terdapat ralat dalam alat ini

Punca Carian

Sila Komen Dengan Berhemah

Related Posts with Thumbnails