Manusia Dan Islam: 05/01/2010 - 06/01/2010

Jumaat, 28 Mei 2010

Antara Sunnah Dan Bidaah

Antara Sunnah dan Bidaah
 

Antara Sunnah dan Bidaah adalah sesuatu perkara yang bagi kita amat mudah tetapi dialam melayu ini banyak perkara yang bidaah yang kita lakukan sehari-hari tanpa kita sedari. Sunnah bererti “cara” atau “kebiasaan”, sunnah nabi bererti “cara nabi”.

Dalam istilah Sunnah Waljamaah, menurut para ahli hadis, Sunnah adalah segala sesuatu yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW yang merupakan perkataan, perbuatan, ketetapan, peribadi, akhlak, mahupun perilaku, baik sebelum mahupun sesudah dilantik menjadi Rasul.* Dalam hal ini, pengertian Sunnah menurut mereka adalah sama dengan hadis (Mushtafa as-Sibai, "As Sunnah wa Makanatuha Fit-Tasyri'il Islami"). Sunnah ini disampaikan melalui persetujuan para sahabat Rasul. *

Jadi apakah Sunnah itu?

Erti Sunnah secara bahasa adalah cara. Tapi dalam konteks ini, sebagaimana erti Hadits, Sunnah adalah semua yang berasal dari Nabi SAW baik berupa perkataan, perbuatan, pengakuan dan sifatnya.

Adakah pengertian sunnah yang lain?

Ada. Sunnah juga biasa dipakai untuk menerangkan praktek yang dilakukan oleh para sahabat (amal al-shahabah), baik asalnya dari Alquran dan Hadits Rasul atau pun dari yang lain, karena mengikuti suatu sunnah yang hidup di kalangan mereka atau karena ijtihad yang mereka sepakati.

Apa dalil bahwa sunnah Sahabat itu dapat diterima dan diamalkan?

Berdasarkan perintah Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-’Irbadh Ibn Sariyah, sabdanya: “Pegang teguhlah sunnahku dan sunnah Khulafa’ ar Rasydun sesudahku dan gigitlah dengan gigi geraham kalian” (Sunan Abu Daud). Juga sabdanya SAW: “Umatku akan terpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan, semua masuk neraka, kecuali satu.” Mereka (Shahabat) bertanya: “Siapa itu, wahai Rasul?” Beliau menjawab: “Faham yang sesuai dengan aku dan Shahabatku” (Sunan Abu Daud dan Sunan Ibnu Majah).

Untuk lebih memahami tentang Bab Sunnah dan Bidaah ini marilah kita bersama-sama mendengar kuliah yang disampaikan oleh Ustad Ismail Kamus dibawah ini.



Antara Sunnah Dan Bidaah- Ustaz Ismail Kamus

Sabtu, 22 Mei 2010

Bagaimana Khusyuk Dalam Solat - Kuliah Agama



Bagaimana Khusyuk Dalam Solat.


Mudahkah kita mendapat khusyuk Dalam Solat? Bagaimana kita mendapat khusyuk dalam solat. Bab khusyuk dalam solat ini banyak dibincangkan dalam kitab-kitab dan kuliah-kuliah agama oleh ustad-ustad. Hari ini saya bawakan 2 kuliah Agama Yang disampaikan oleh Ustad Ismail Kamus dan Ustaz Rasyid Abdul Ghani. Moga kita beroleh nikmat dan hidayah dari Allah.

BIDAAH DIDALAM SOLAT - Ustad Ismail Kamus


KHUSYUK DALAM SOLAT - Ustaz Rasyid Abdul Ghani

Jumaat, 21 Mei 2010

Adap Anak Terhadap Ibu Bapa

Manusia dan Islam - Adap Anak Terhadap Ibu Bapa



Sebelum kita bermula dengarlah kuliah tentang Adap Anak Terhadap Ibu Bapa yang Disampaikan Oleh Ustad Ismail kamus di bawah ini.




Kesimpulan tentang tajuk "Adap Anak Terhadap Ibu Bapa"

SEORANG anak perlu menghormati ibu kerana ibu begitu berkorban dan susah menjaga mereka ketika kecil. Selain kasih kepada ibu, anak mesti juga memberi kasih sayang yang sama kepada bapa.
Bapa pula bertanggungjawab terhadap makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan lain-lain keperluan keluarga.

Oleh itu, manusia harus berbakti kepada ibu bapa dan mentaati suruhannya sebagai tanda membalas budi terhadap jasa keduanya.

Agama Islam menetapkan beberapa peraturan dan tata susila yang harus menjadi amalan semua anak apabila berhadapan dengan ibu bapa mereka. Antaranya:

1. Berbuat baik kepada kedua ibu bapa

Maknanya, ihsan atau berbuat baik kepada kedua ibu bapa adalah sifat Muslim yang mulia. Banyak nas dan yang menyuruh seseorang itu berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Firman Allah yang bermaksud: �Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang ibu bapa.� (Surah an-Nisaa�, ayat 36).
Tidak ada jalan lain untuk membahagiakan ibu bapa melainkan dengan berbuat baik kepada mereka.

2. Menghargai dan menghormati mereka

Sebagai menghargai jasa kedua ibu bapa, Islam mengangkat tinggi darjat keduanya, iaitu selepas darjat beriman kepada Allah dan beribadat kepada-Nya.
Al-Quran memandang mulia konsep ihsan terhadap kedudukan ibu bapa. Sebagai seorang anak, penggunaan tutur kata haruslah lemah-lembut.
Allah berfirman yang bermaksud: �Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku ketika aku kecil.� (Surah al-Isra�, ayat 24).

3. Merendahkan suara ketika berbicara dengan ibu bapa

Apabila berbicara dengan ibu bapa, janganlah sesekali mengeluarkan perkataan yang tidak menyenangkan dan boleh menyinggung perasaan, umpamanya dengan suara tinggi.
Firman Allah: �Maka sesekali janganlah kamu mengucapkan ah kepada keduanya.� (Surah an-Nisaa�, ayat 23).

4. Berdoa untuk kebahagiaan ibu bapa

Seseorang anak hendaklah sentiasa mendoakan ibu bapa sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.
Sebagai seorang anak salih, tidak seharusnya melupakan ibu bapa begitu saja.
Allah berfirman yang bermaksud: �Dan ucapkanlah wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua mendidik aku waktu kecil.� (Surah al-Isra�, ayat 24).

5. Jangan menderhaka kepada ibu bapa

Seorang anak dilarang sama sekali menderhaka ibu bapa. Sesungguhnya, derhaka kepada ibu bapa adalah dosa paling besar dan keji.

6. Hormat kepada ibu bapa bukan Muslim

Seseorang anak harus juga berbakti dan menghormati ibu bapa sekalipun mereka bukan beragama Islam. Asma� Abu Bakar pernah berkata, aku pergi kepada ibuku padahal dia masih musyrik, lalu aku meminta fatwa daripada Rasullah
Aku berkata: �Aku bertemu dengan ibuku dan dia meminta sesuatu kepadaku, adakah aku boleh menghubungi dia?�

Jawab Baginda: �Ya, hubungilah ibumu, ini bererti berbaktilah kepadanya.� (Muttafaq Alaihi).

Selasa, 18 Mei 2010

Manusia dan Islam - Tafsir Mimpi Menurut Islam



Tafsir Mimpi Menurut Islam


Mimpi atau bermimpi adalah perkara biasa yang akan dialami oleh kita semua. Banyak perkara telah membentangkan perihal mimpi ini. Adakah mimpi ini boleh ditafsir atau boleh ditakbirkan? Disini saya akan kupaskan satu persatu tentang alamat mimpi menurut hadis. Moga anda semua mendapat manfaat dari tajuk yang dibincangkan ini.

Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam, berkata:

Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan. 

 
Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku." Baginda menjawab, "Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan menyusukannya." Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut. 

Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu mentafsirkan kebenarannya. Semoga buku ini dapat membantu dalam menjawab makna mimpi anda, insya Allah. 
 
Tambahan pula, mimpi diakui adanya dalam syariat Islam. Sedangkan ilmu untuk mentakwilkan, mentakbirkan atau mentafsirkannya diiktiraf oleh ramai ulama. Ramai ulama yang ingin mendalami masalah takwil atau tafsir mimpi tetapi tidak ramai yang mengetahuinya kerana susahnya. 

 
Al-Imam Ibnu Syahin, dalam mukadimah kitabnya Al-Isyarat Fi Ilmi al-'Ibarat, berkata:
"Islam mencerca ilmu tenung kerana hanya Allah-lah yang mengetahui masalah ilmu ghaib. Saya menghindari ilmu-ilmu seperti itu dan tidak meminatinya, dan saya ingin membuat buku yang dapat mendedahkan perkara-perkara ghaib yang sememangnya diakui oleh syarak, iaitu ilmu takwil dan ta'bir mimpi."

Menurut ahli-ahli ta'bir, mimpi ada tiga macam:
  • Peristiwa yang menggembirakan yang benar yang terjadi setelah bermimpi, dan ini tidak memerlukan penafsiran.
  • Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang makna atau takwil.
  • Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya.
Untuk lebih memahami tentang Tafsir mimpi menurut islam mari kita dengar Kuliah Agama yang disampaikan oleh Ustad Ismail Kamus Tentang Bab Mimpi Ini. 
 
 
 
Klik Gambar dibawah ini.
 
 
 

Isnin, 17 Mei 2010

Manusia dan Islam - Ceramah Ustad Ismail Kamus


Ceramah Bulanan Ustad Ismail Kamus Di Masjid Annur.

Ceramah ini berkisar tentang hati dan sedekah. Marilah kita semua mendengar ceramah tersebut dengan klik gambar di bawah ini.

Manusia dan Islam - Sinar Cahaya Ayat Kursi



  Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya.



Hikmah Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:


 1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.


 3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumahjirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang ygbersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahalanabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.


 5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.


 6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

 7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W.bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…

Jumaat, 7 Mei 2010

Manusia dan Islam - Maksiat Yang Disegerakan Balasannya

Maksiat Yang Disegerakan Balasannya




Buat panduan bersama ....

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata : Berhadap Rasulullah saw kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda :"Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah :-

1. Tiada terzahir (nampak) penzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.

3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tidak ada binatang (yang juga hidup di atas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.

4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian dari pada apa yang ada di tangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat itu) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri."
(Hadith riwayat Ibnu Majah)
Keterangan :
Hadith ini menerangkan bahawa :

1. penyakit taun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlakunya penzinaan.

2. kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.

3. kemarau panjang adalah berpunca dari tidak mengeluarkan zakat

4. kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (seperti hilangnya Tanah Palestin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-janji mereka kepada Allah swt

5. Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalah berpunca daripada mengenepikan hukum-hukum Allah swt dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.

Kitab rujukan : 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman (Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi) terbitan Khazanah Banjariah


Khamis, 6 Mei 2010

Manusia dan Islam - Apa Ertinya Menjadi Miskin

Apa Ertinya Menjadi Miskin




Suatu hari, seorang bapa dari sebuah keluarga yang kaya raya membawa anak lelakinya ke dalam sebuah kampung dengan tujuan menunjukkan kepada anaknya itu kehidupan orang-orang miskin. Mereka bermalam selama beberapa hari di sebuah ladang yang didiami oleh golongan yang sangat miskin.

Di dalam perjalanan pulang, si ayah bertanya kepada anaknya, "Macam mana percutian kita kali ni?"

Si anak menjawab, "Menarik dan hebat, ayah,"


"Kkamu sudah melihat sendiri bagaimana susahnya kehidupan mereka yang tidak berharta?"

"Ya,"

Bertanya lagi si ayah, "Jadi, apa yang kamu dapat kali ni?"

Lalu si anak tadi memberikan jawapan yang agak panjang,

"Kita ada dua ekor anjing dan mereka ada empat. Kita ada kolam yang terletak di tengah-tengah taman tetapi mereka mempunyai sungai yang tidak berpenghujung. Kita ada lampu yang diimport di taman kita tetapi mereka ada bintang-bintang di langit pada waktu malam. Keluasan tanah kita sehingga ke halaman hadapan tetapi mereka mempunyai keluasan sehingga ke kali langit,"

"Kita tinggal cuma di atas tanah yang kecil sedangkan mereka mempunyai padang yang sangat luas saujana mata memandang. Kita ada pembantu untuk membantu kita tetapi mereka memberi pertolongan, bukan meminta. Kita membeli makanan kita tetapi mereka menanam sendiri makanan mereka. Kita ada dinding sahaja untuk melindungi kita sedangkan mereka mempunyai sahabat handai yang melindungi mereka,"

Si ayah terdiam mendengar jawapan anaknya. Si anak tersebut kemudiannya berkata, "Terima kasih, ayah, kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita,"
Jangan Lupa komen selepas membaca. Manusia dan islam sentiasa bersama anda.

Terima Kasih kerana bersama Manusia dan Islam.
Terdapat ralat dalam alat ini

Punca Carian

Sila Komen Dengan Berhemah

Related Posts with Thumbnails