Jumaat, 20 Ogos 2010

Perihal Dajjal - Bersediakah Kita Dengan Tipu Daya Dunia

Perihal Dajjal - Bersediakah Kita Dengan Tipu Daya Dunia



Sebelum bermula sila tonton video ini







Jika anda berminat menonton siri seterusnya anda bolehlah melawat lamannya Phase 3 (Malay subtitle)

Jika anda minat untuk download video tersebut anda bolehlah download melalui Phase 3 video Download


Perihal Dajjal - Tipu daya dunia kini kian menjadi-jadi. Manusia mula menjadi sekular kerana telah dijajah dengan sistem yang dibentuk oleh negara-negara maju iaitu Britain dan sekutunya Amerika Syarikat. Dimana tipu daya ini adalah rancangan dari pengikut-pengikut Dajjal yang mula menunjukkan kekuasaannya sedikit demi sedikit. Dimana kita kini. Sedang dunia mula bergerak maju kita mula memisahkan Islam yang ditanam didalam diri dengan kehidupan sehari-hari.

Perkara yang baik kini dipandang hina, sedangkan perkara yang hina mula dipandang mulia. Artis dan orang-orang ternama mula menjadi simbol ikutan atau kebanggaan dalam kehidupan sehari-hari. Ulama pewaris para Nabi mula disisih bagaikan mereka ini tidak perlu ada dizaman ini, kerana segala suruhan Allah itu mula kita rasakan menjadikan kita jauh tertinggal di zaman serba canggih ciptaan Dajjal ini.

INGATLAH KITA MULA MENJADI LUPA MALAH MULA MENJADI HAMBA KEPADA DUNIA KERANA KEMAJUAAN YANG DIBAWA OLEH PENGIKUT-PENGIKUT DAJJAL INI. BERINGATLAH KITA SEBELUM KITA TERUS MENJADI PEMUJA ZAMAN DAJJAL INI YANG MERASAKAN KEMEWAHAN DUNIA LEBIH DARI SEGALA-GALANYA.

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:  “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh hari. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”

perihal dajjal, dajjal dunia, dajjal, dajjal penipu, dajjal akhir zaman, dajjal moden, dajjal 2012, kisah dajjal,
perihal dajjal, dajjal dunia, dajjal, dajjal penipu, dajjal akhir zaman, dajjal moden, dajjal 2012, kisah dajjal,  
perihal dajjal, dajjal dunia, dajjal, dajjal penipu, dajjal akhir zaman, dajjal moden, dajjal 2012, kisah dajjal, 
perihal dajjal, dajjal dunia, dajjal, dajjal penipu, dajjal akhir zaman, dajjal moden, dajjal 2012, kisah dajjal,

Manusia dan Islam akan berpindah ke Manusia dan Islam (BETA) pada 1 Jun 2012

Jangan Lupa komen selepas membaca. Manusia dan islam sentiasa bersama anda.

Terima Kasih kerana bersama Manusia dan Islam.

Facebook Share

Punca Carian

Sila Komen Dengan Berhemah

Related Posts with Thumbnails