Manusia Dan Islam: 12 maut tragedi lebuh raya Di Simpang Empat Melaka

Isnin, 11 Oktober 2010

12 maut tragedi lebuh raya Di Simpang Empat Melaka



SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang semalam.

Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.

Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada 6.50 petang itu.

Pada masa yang sama, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) turut gagal mengelak dan melanggar bas ekspres itu.

Tragedi Oktober itu mengakibatkan puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam ini apabila pihak berkuasa terpaksa menutup laluan di kedua-dua arah untuk kerja-kerja menyelamat.

Sehingga pukul 11 malam ini, pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mayat mangsa termasuk penumpang bas dan kenderaan yang dihempap oleh bas itu.

Keratan Berita dari Utusan Online

Sekadar renungan bersama:-

Justeru, kepatuhan kita kepada peraturan jalan raya, adalah kepatuhan kita kepada hukum alam yang juga merupakan hukum Allah. Keselamatan di jalan raya bukan hanya pada memulakan perjalanan dengan Basmalah dan doa, bahkan juga pada mematuhi had laju, memandu mengikut peraturan dan mengharamkan diri dari mudarat, mahu pun menjadi pencetus mudarat.






kemalagan ngeri 10.10.10




,

Jangan Lupa komen selepas membaca. Manusia dan islam sentiasa bersama anda.

Terima Kasih kerana bersama Manusia dan Islam.
Terdapat ralat dalam alat ini

Punca Carian

Sila Komen Dengan Berhemah

Related Posts with Thumbnails