Manusia Dan Islam: 05/01/2011 - 06/01/2011

Isnin, 30 Mei 2011

Pendapatan Internet Cara Mudah Terbongkar

Pendapatan Internet Cara Mudah Terbongkar



Pendapatan Internet Cara Mudah Terbongkar Adalah amat muadah bagi mereka yang faham dengan SEO ( Search engine optimization ) dan memahami serp (A search engine results page) Jika anda tidak fahami kedua tersebut bolehlah email kepada saya at ( mohdrizalembi@gmail.com ).

Assalamualaikum....

Pendapatan di internet bukan lagi satu perkara yang mustahil lagi bagi kebanyakkan orng. Allah memberi kita rezeki dari pelbagai sumber dan kitalah yang seharusnya berusaha meneroka dan mencari dari manakah sumber-sumber pendapatan yang halal anugerah dari Allah. Ingatlah 9/10 dari pintu rezeki itu ada pada perniagaan dan 1/10 itu adalah datang daripada makan gaji@ bekerja.

Oleh itu kita sebagai umat islam seharusnya berusaha mencari 9/10 pintu rezeki tersebut dan kita akan bebas beribadah kepada-Nya tanpa sebarang gangguan. Lebih kita usaha, maka lebih lagilah perlu kita meminta kepada-Nya.

Di sini saya ingin kongsikan ilmu yang selama ini saya pelajari semasa saya memulakan peniagaan online atau sebagai Blogger ini. Saya harap dengan pengkongsian ini anda akan lebih faham tentang cara mendapatkan pendapatan menerusi Internet @ online ini.


Program Google Adsense

Buku program google adsense yang terbaik pernah saya baca dan pelajari adalah buka yang di buat oleh Ahmad Munawar. Setelah saya pelajari dan memahami apa yang terkandung dalam buku dan praktikkan saya berjaya mendapat pendapatan yang berterusan daripada Google Adsense ini. Tetapi malangnya untuk mendaftar menjadi Publisher Google Adsense sudah tidak mudah seperti dahulu lagi. Banyak syarat yang Google mahu kita ikut dan mahukan blog kita relevan dangan apa yang di syaratkan oleh Google.

Tetapi setelah saya membuat pelbagai kajian, ternyata perkara yang menjadi masalah untuk menjadi Publisher Google Adsense sudah tidak menjadi masalah lagi. Syaratnya anda perlu mendaftar di laman Web Answers , kemudian menjawab 10 soalan seterusnya butang untuk mendaftar menjadi Publisher Google Adsense di aktifkan. Apalagi yang anda perlukan?... daftar dan sudah tentu dalam tempoh 24 jam sudah pasti akaun Publisher Google Adsense anda akan di luluskan.

Tetapi anda perlu tahu apa itu Program Google adsense terlebih dahulu. anda cuma perlu isi email dan nama anda di Pakej JWAv2.1 dan anda akan dibekalkan buku asas tentang Google Adsense oleh Munawar.

Siapa Ahmad Munawar...?

"Perkenalkan nama saya Munawwar. Saya memulakan Publishing Business (Google Adsense) 4 tahun yang lepas dan pada tarikh 4 Haribulan Ogos 2006, secara rasminya saya telah membuat Google Adsense program ini secara sepenuh masa dari rumah bersama isteri dan 2 orang anak kesayangan saya.

Saya juga telah beberapa kali mengendalikan Internet Marketing Workshop berkenaan dengan Google Adsense dan juga Internet Advertising Workshop pada mereka yang berminat untuk menambah pendapatan mereka melalui Google Adsense Program."

Anda boleh layari blog beliau di sini Jana wang Adsense.

Selain dari program Google Adsense, banyak lagi program lain. Anda boleh membaca di forum berikut ini :

Study Case : $1000 Sebulan Sebagai BlogMaster . Tread forum ini amat panjang, pastikan anda baca sambil membuat nota supaya setiap perkara penting tidak terlepas. Tread forum ini banyak mengajar saya tentang SERP dan SEO.

Isnin, 23 Mei 2011

KEJADIAN TANAH RUNTUH DI RUMAH ANAK YATIM AL-TAKWA.

KEJADIAN TANAH RUNTUH DI RUMAH ANAK YATIM AL-TAKWA.


21 May 2011. Malaysia mencatatkan lagi 1 tragedi tanah runtuh sehingga mengorbankan 16 nyawa. Kejadian ini berlaku semasa pelajar sedang membuat latihan nashid. Lokasi tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa, Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. Operasi mencari dan menyelamat berakhir kira-kira 5.30 pagi tadi dengan penemuan mangsa terakhir pada jam 5.05 pagi.




Gambar kejadian tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa, Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat.

















Mereka yang meninggal:

1) Azrel, 8,
2) Nael, 8,
3) Shahrul, 9,
4) Boboy, 10,
5) Farid, 34,
6) Zaim *
7) Angah *
8) Rahimi *
9) Zaid Ashwal, 18,
10) Riz, 9,
11) Lokman, 11,
12) Fahad, 9,
13) Aiman, 10,
14) Hazim, 9,
15) Mustakim *
16) Hasril, 11,

Ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi itu dan berharap keluarga mangsa akan tenang dan sabar menghadapi dugaan Allah.

Jumaat, 20 Mei 2011

RAHSIA WAJAH CANTIK BERSERI

RAHSIA WAJAH CANTIK BERSERI


Ada 5 rahsia wajah cantik berseri yang mudah dan mesti dilakukan sehari-hari. Tapi adakah kita melakukannya? Dikongsikan 5 rahsia wajah cantik dan berseri untuk diamalkan sehari-hari.

  • Bangun awal pagi utk solat subuh. Air wudhuk yg mengenai muka boleh menegangkan kulit.

  • Menunaikan solat zohor di tengah hari. Air wudhuk yg mengenai muka boleh mencerahkan mata.

  • Tidak melalaikan solat Asar di waktu petang. Air wudhuk yg mengenai muka boleh membersihkan kekotoran asap & habuk siang.

  • Tidak berlengah utk solat maghrib. Air wudhuk yg mengenai muka boleh menghilangkan bau di hidung & mulut.

  • Sentiasa ingat solat Isya di waktu malam. Air wudhuk yg mengenai muka boleh menceriakan wajah dr kemungkaran.

Sedekah Itu Ada Ganjarannya - Kisah Saidina Ali



Siti Fatimah, isteri Saidina Ali didatangi seorang peminta sedekah. Ketika itu Saidina Ali mempunyai 50 dirham. Setelah menerima wang, pengemis itu pun balik. Di tengah jalan, Saidina Ali bertanya berapa banyak yang diberi oleh Saidatina Fatimah. Apabila diberitahu 25 dirham, Saidina Ali menyuruh pengemis itu pergi sekali lagi ke rumahnya. Pengemis itu pun pergi dan Fatimah memberikan baki 25 dirham kepada pengemis itu.

Selang beberapa hari, datang seorang hamba Allah berjumpa Saidina Ali dengan membawa seekor unta. Orang itu mengadu dalam kesusahan dan ingin menjualkan untanya. Saidina Ali tanpa berlengah menyatakan kesanggupan untuk membelinya, meskipun ketika itu dia tidak berwang. Dia berjanji akan membayar harga unta itu dalam masa beberapa hari.

Dalam perjalanan pulang, Saidina Ali berjumpa dengan seorang lelaki yang ingin membeli unta itu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal. Saidina Ali pun menjualkan unta itu kepada orang itu. Setelah mendapat wang, Saidina Ali pun menjelaskan hutangnya kepada penjual unta.

Beberapa hari kemudian, Rasulullah saw berjumpa Saidina Ali lalu bertanya
"Ya Ali, tahukah kamu siapakah yang menjual dan membeli unta itu?"
Apabila Saidina Ali mengatakan tidak tahu, Nabi menerangkan yang menjual itu ialah Jibril dan yang membelinya ialah Mikail.

MORAL & IKTIBAR

  • Allah membalas atau memberi ganjaran berlipat ganda jika kita menolong orang yang dalam kesusahan.

  • Memberikan bantuan kepada orang yang susah merupakan satu aset yang balasannya akan diterima di dunia lagi.

  • Berikanlah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan kelak Allah akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan.

  • Keyakinan kepada balasan baik Allah merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan dengan lebih banyak.

Jumaat, 6 Mei 2011

PM Najib Razak Keudara dan Bersiaran Di Hot FM | Najib Razak HOT FM

PM Najib Razak Bersiaran Di Hot FM



Tiada seorang pun dapat menyangka PM Malaysia Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak sudi bersama pendengar di radio HOT FM bermula jam 7.30 pagi sehingga jam 8.30 pagi sebentar tadi. Malah beliau tiba lebih awal ke konti dan ini menunjukkan beliau seorang pemimpin yang menepati masa.

Pemimpin yang amat banyak mendekati rakyat ketika ini, Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak banyak bercerita tentang kehidupannya seharian rutin hidup seorang Perdana Menteri Malaysia semasa di tanya oleh DJ-DJ radio HOT FM. Malah Najib juga amat meminati lagu Kancing Suasa yang dinyanyikan oleh R. Azmi kerana mengingatkan beliau kepada nasib peribumi orang Asli dan berjanji untuk memperjuangkan nasib mereka. Bila ditanya kenapa lagu "Kancing Suasa", Najib berkata semasa mengunjung peribumi orang asli beliau telah dihiburkan lagu tersebut sebagai hiburan.

Najib dikonti radio Hot FM, Y.A.B Dato' sri Najib juga telah menentang Faizal Ismail bertanding Dam Aji dan keputusan memihak kepada ???.

Apapun siapa pun pemimpin kita. Memimpin lah secara adil. Pemimpin yang adil akan melahirkan Negara yang hebat di mata dunia. Pemimpin yang sentiasa mendengar dan dekat kepada rakyat. Pemimpin yang sentiasa dekat kepada ALLAH.

Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Perdana Menteri Malaysia, Kami doakan semoga anda lebih memdekati rakyat dan bersama-sama dengan kami semua. Semoga sihat dan diberkati Allah S.W.T sentiasa.
Jangan Lupa komen selepas membaca. Manusia dan islam sentiasa bersama anda.

Terima Kasih kerana bersama Manusia dan Islam.
Terdapat ralat dalam alat ini

Punca Carian

Sila Komen Dengan Berhemah

Related Posts with Thumbnails