Fadhilat Zikir...
Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: " Zikir yang termulia ialah LAA ILLAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar." Kamudian baginda membaca ayat : " FALAM ANNAHU LAAILAAHA ILLALLAAHU WASTAGHFIR LIZANBIKA ertinya : Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan memohonlah ampun dosa mu." (surah Muhammad A. 19 )
Keterangan : Hadis yang hampir semakna dengan hadis ini dinukilkan sebagai hadis yang pertama dalam fasal ini bahawa zikir yang termulia ialah LAA ILAHA ILLALLAAH- sebab diterangkan olih para sufi bahawa untuk mensucikan hati maka zikir ini adalah mempunyai daya yang terkhas. Dengan berkatnya, hati seseorang itu akan menjadi bersih dari segala gala kekotoran. Manakala disertai pula istighfar dengannya maka kesanya menjadi berlipat ganda.
Didalam sebuah hadis ada dilapurkan bahawa apakala baginda Yunus a.s telah ditelan oleh seekor ikan maka doa baginda di dalam perut ikan itu ialah LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNII KUNTU MINAZZALIMIIN ertinya : Tidak ada Tuhan melainkan Engkau. Maha suci Engkau sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim. (surah Al-Ambia A. 87)
Barang siapa yang berdoa dengan ini maka nescaya doanya akan diperkenankan.
Di dalam hadis yang pertama di dalam fasal ini telah pun dijelaskan bahawa zikir yang terutama dan terbaik ialah LAA ILLAHA ILLALLAH tetapi didalam hadis ini menyatakan istighfar sebagai doa yang terbaik. Sebenarnya perselisihan seperti ini berlaku kerana berlainan keadaan. Misalnya, doa yang baik sekali bagi seorang yang bertakwa lagi warak ialah ALHAMDULLILLAH sedangkan doa yang terbaik lagi terpenting bagi seorang yang berdosa ialah istighfar. Selain daripada itu fazilat dan kelebihan juga dinyatakan kerana sebab yang berlainan pula. Misalnya, untuk mendapat kemanafaatan maka yang terbaik ialah pujian dan sanjungan kepada Allah sedangkan untuk menolak kesempitan dan bencana maka istighfarlah yang terpenting. Tentang perselisihan-perselisihan seperti ini adalah lagi sebab lain yang diterangkan dalam kitab-kitab.
Samuga beroleh taufik dari Allah untuk kita amal dan sampaikan.....Insya'Allah
Wassallam.