Surah Yaasin @ Ya seen
Part 1/2
- Part 2/2
Memperlihatkan orang-orang yang degil dan tamak haloba dengan harta-harta dan pangkat dan mereka ini tidak akan beriman dan kekal dalam kekufuran.
Peringatan dan amaran Allah swt dalam Al-Quran adalah memberi kesan kepada orang yang ingin beriman dengan Al-Quran walaupun mereka tidak melihat Allah s.w.t dan azab-azab yang diceritakan di dalam Al-Quran. Diceritakan juga didalamnya tentang satu golongan pada zaman Nabi Isa a.s.; utusan di hantar kepadanya supaya beriman tetapi mengingkarinya telah mendapat azab. Mereka yang beriman pula mendapat balasan yang sebaik-baiknya. Allah s.w.t. menegaskan betapa besarnya kekesalan mereka yang ingkar kata Tuhan ;tidakkah kamu melihat umat-umat yang terdahulu yang telah kami binasakan seperti Kaum Luth , Kaum Add , Kaum Samud dan Kaum Firaun. Tiada satu makhluk pun termaksud KITA akan dihimpun di hari akhirat dan untuk mendapatkan balasan yang setimpal nanti. Pada hari itu anggota kita menjadi kesaksian.
Allah swt memperlihatkan kekuasaannya :
i. Bumi yang mati di hidupkan dengan tanaman-tanaman yang subur.
ii. Binatang-binatang berpasang-pasangan.
iii. Bulan , bintang , matahari beredar pada tempat yang di tetapkan. Siang dan malam silih berganti.
Pada akhir surah, Allah s.w.t memperlihatkan akan kekuasaannya , dengan berfirman kepada hakikat sesuatu itu , jadilah engkau – maka jadilah ia.
KELEBIHAN SURAH YAASIN
- Hadrat Ata Ibn Abi Ribah berkata , Rasulullah s.a.w. telah bersabda “Siapa yang membaca surahYaasin di permulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan di penuhi.”
- Segala sesuatu mempunyai hati,dan hati bagi Al Quran ialah surah Yaasin. Barang siapa yang membaca surah Yaasin , Allah s.w.t. akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al Quran sebanyak 10 kali.
- Allah s.w.t. membaca surah Yaasin dan surah Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi. Para malaikat berkata “Ummat dimana Al Quran di turunkan akan dirahmati hati-hati yang memikulnya, yakni yang menghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga di rahmati.”
- “ Sesiapa yang membaca surah Yaasin semata-mata kerana Allah s.w.t. segala dosa-dosanya akan yang dahulu akan diampunkan. Jadikan sebagai amalan untuk dibaca keatas orang-orang mati.”
- Surah Yaasin di namakan Mun’mah (pemberi berita baik) di dalam Torah kerana ia mengandungi manfaat kepada pembacanya, di dalam kehidupan di dunia dan juga di akhirat.
- Ia menghindarkan penderitaan di dunia dan juga di akhirat dan menjauhkan kedasyatan di kehidupan akhirat.
- Ia juga di kenali sebagai Rafi’ah Khafidah iaitu mengangkat darjat orang-orang yang ingkar (tidak beriman). Riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda , “ Hatiku menghendaki supaya surah Yaasin berada di setiap hati umatku.”
- Jika surah Yaasin di baca pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia , ia akan mati sebagai mati syahid.
- Diriwayatkan dalam hadis lain, “ Barang siapa yang membaca surah Yaasin akan diampunkan, sesiapa sahaja yang membacanya semasa kelaparan, akan di hilangkan kelaparannya itu,barang siapa yang membacanya dikala sesat jalan, akanmenjumpai jalan semula, barang siapa membacanya kerana kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, bila seseorang itu membacanya kerana bimbang kekurangan makanannya,makanan itu akan mencukupi, jika ia dibaca kepada orang yang membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya dan jika dibaca keatas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak, akan dimudahkan bagi bayinya.
- Maqri Rahmatullah Alaihi berkata, “ Jika surah Yaasin di baca oleh seseorang yang takutkan pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan dari ketakutan itu.”
- Menurut hadis yang lain, jika membaca surah Yaasin dan surah Was-Saffat pada hari jumaat dan memohon kepada kepada Allah s.w.t sesuatu,doanya akan diterima.
(Dipetik daripada Tafsir Surah Al-Yaasin oleh Shiekh Hamimy Zadah)
Biodata Pembaca Surah Yaasin Di Video di atas
Sheikh Mishary bin Rashid Al-Afasy Mishary Rashid ghareeb atau Mohammed Rashed Al-Afasy adalah Qari Kuwait antarabangsa baru, ia lahir di Kuwait pada 5 September 1976 (Minggu 11 Ramadhan 1396 H).
Ia belajar Quran di College of the Holly Quran dan Pengajian Islam di Universiti Islam Madinah (Kerajaan Arab Saudi), dalam pakar 'sepuluh bacaan dan terjemahan Al-Quran ". Dia telah membaca Quran untuk Sheikh Ahmed Abdulaziz Al-Zaiat, Syeikh Ibrahim Ali Shahata Al-Samanodei, dan Cheikh Abdurarea Radwan. Dia terkesan sejumlah ulama besar Quran.
Sebenarnya Sheikh Mishary Al-Afasy, dia Imam Masjid Al-Kabir (Grand Masjid) di Kuwait City, dan setiap Ramadhan dia memimpin doa Taraweh di Masjid ini.
Baru-baru ini, Sheikh bin Mishary Rashed Al-Afasy telah melawat dua masjid di Amerika Syarikat: Islamic Center of Irvine (ICOI) di California dan Islamic Center di Detroit (ICD) di Michigan.
Al Afasy mempunyai 2 Ruangan Saluran khusus dalam membaca Quran Hol, yang pertama adalah Alafasy TV dan Alafasy Q.
Syekh Alafasy berkahwin dan mempunyai dua anak perempuan. Dia juga digelar Abu Nora.