Rahsia Disebalik Serangan Israel Terhadap kapal Mavi Marmara



Rahsia Disebalik Serangan Israel Terhadap kapal Mavi Marmara

Adakah ini rahsia? mengapa liputan siaran lansung serangan dapat disiarkan hanya oleh stesyen TV AL-JAZEERA? Adakah ini satu perancangan yang telah diatur atau sudah ditakdirkan. Mengapa kematian 19 aktivis tidak dibela di makamah jenayah dunia? Apakah Istimewanya ISRAEL dimata PBB dan AMERICA?

Segala rahsia itu terungkai di Video di bawah Ini

Rentetan Peristiwa yang melibatkan rakyat malaysia

19 Mei: KLIA sesak dipenuhi orang ramai untuk mengiringi aktivis-aktivis daripada NGO-NGO Islam yang menyertai misi Lifeline for Gaza (LL4G). Antara wira-wira tersebut adalah Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin (Ketua Misi), Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, Mohd Nizam bin Mohd Awang, Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Dr Selamat bin Aliman, Mustafa bin Mansur, dua wartawan ASTRO AWANI, Ashwat bin Ismail dan Shamsul Kamal Latif.

22 Mei: Ektremis Zionis menggiatkan usaha menggagalkan armada-armada LL4G yang membawa lebih dari 600 orang aktivis seluruh dunia dengan dua buah kapal Israel. Konvoi kapal ini terdiri daripada 9 buah kapal yang bergabung dari Turki, Eropah, Asia dan United Kindom di mana pada hari Selasa (25 Mei) kelak akan berhimpun di perairan Cyprus di Laut Tengah dan selanjutnya menuju Gaza. Kapal-kapal ini disertai aktivis dari lebih daripada 50 buah negara dan membawa lebih dari 20 ribu tan bantuan kemanusiaan.


23-29 Mei: Amaran dan kutukan daripada pelbagai pihak di atas tekad halangan yang bakal dilakukan oleh Israel ke atas konvoi LL4G. Israel semakin tertekan. Rakyat Palestin diserang mengakibatkan 16 orang awam cedera dan kerosakan rumah.

30 Mei: Israel melancarkan ‘Operasi Angin Laut’ untuk menghalang armada bantuan kemanusiaan (Freedom Flotilla) atas arahan kerajaan haram Israel. Serangan yang dirancang meliputi empat tahap iaitu:
  • Tahap Amaran; tentera laut akan sentiasa berusaha untuk menghentikan kapal dari menghampiri garis sempadan yang ditentukan (garis merah), apabila kapal menceroboh garis yang ditentukan, mereka akan diberi amaran bahawa mereka telah “melanggar undang-undang”.

  • Hentikan dan mengawal kapal-kapal; sekiranya kapal-kapal gagal mematuhi arahan Tentera Laut Israel, mereka akan menyerang dan seterusnya mengambil alih lapan buah kapal yang mengangkut hampir 600 aktivis. Kapal-kapal akan dibawa ke Asdod Port dan aktivis akan ditahan di sebuah khemah besar yang telah dipasang.

  • Diasingkan dan dihantar balik; tentera dan polis Israel memerintahkan para aktivis yang ditahan untuk menandatangani kenyataan menerima untuk dihantar balik ke negara asal mereka melalui udara di Lapangan Terbang Ben Gurion.

  • Penangkapan sebelum dihantar balik; sekiranya aktivis enggan dan menolak untuk menandatangani kenyataan tersebut, mereka akan ditangkap, dihantar untuk pemeriksaan perubatan, kemudian dipindahkan ke Brigade Nahason milik Pentadbiran Penjara Israel sebelum dihantar ke Penjara Be’er Sheva Penjara dan kemungkinan penjara yang lain.  
 31 Mei (7.30 pg Malaysia): Konvoi Freedom Flotilla (kapal Mavi Marmara) dikepung Angkatan Laut Israel, diekori oleh sebuah kapal selam, tiga kapal perang dan sebuah helikopter.


31 Mei (10.30 pg Malaysia): Konvoi Freedom Flotilla diserang, menurut laporan televisyen di Turki dan live streaming IHH, dua orang aktivis meninggal dunia, hampir 30 orang cedera. Penyerangan yang dilakukan Israel kepada kapal Mavi Marmara yang sedang berada di perairan antarabangsa manakala aktivis sedang tidur pada ketika itu.

31 Mei (1.30 tgh Malaysia): Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Jumlah kematian meningkat kepada 9 orang dan puluhan cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada 31 Mei pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel. Turut tercedera adalah Sheikh Raed Solah, tokoh pembebasan Palestin. Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65 km dari pantai Gaza. Kapal-kapal ditarik ke bandar Haifa Israel. Tentera Israel telah menggunakan peluru hidup ketika mereka memasuki dan merampas kapal. Mangsa yang syahid ditembak pada jarak dekat dengan berkali-kali tembakan!


1 Jun: Kerajaan Malaysia mengarahkan Wisma Putra untuk berusaha membawa pulang 12 orang aktivis LL4G dari Malaysia. Mereka dilaporkan selamat dalam tahanan Israel di Haifa.

2 Jun: Puluhan aktivis Freedom Flotilla yang ditahan dalam serangan Israel terhadap armada LL4G tiba di Jordan. 124 aktivis dari 12 buah negara Islam yang tidak memiliki hubungan diplomatik dengan Israel, telah menyeberangi Sungai Jordan pada subuh 2 Jun dengan menaiki lima buah bas Israel. Manakala 12 orang aktivis dari Malaysia berada di Kedutaan Malaysia di Jordan bagi menghubungi saudara-mara di Malaysia kerana segala jenis alat telekomunikasi mereka dirampas tentera Zionis.

5 Jun: Tentera Israel menawan kapal Rachel Corrie yang mengangkut bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin sekaligus menamatkan ketegangan berjam lamanya di laut antara kapal itu dengan kapal-kapal perang rejim Zionis. Kapal yang membawa 15 anggota misi bantuan iaitu enam rakyat Malaysia termasuk wartawan serta jurugambar TV3 dan selebihnya dari Ireland dipintas oleh Tentera Laut Israel di perairan antarabangsa.

6 Jun: 12 sukarelawan Malaysia yang berada dalam kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan
kemanusian ke Gaza tiba di Malaysia pada pukul 5.40 pagi. Ketibaan mereka di KLIA disambut oleh Timbalan Perdana Menteri, para pegawai Wisma Putra dan anggota keluarga masing-masing. Mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, Jordan pada 4 Jun, 11.20 pagi waktu tempatan dan melakukan pertukaran penerbangan di Istanbul sebelum berlepas pulang ke tanahair 5 Jun petang.

Semoga usaha murni seperti ini diteruskan dalam memperjuangkan kebebasan Palestin daripada cengkaman Yahudi Zionis. Mereka sehinggakan menganggap bantuan kemanusiaan dianggap misi ketenteraan. Padahal, dua orang tentera Yahudi Zionis ini malah dirawat tatkala cedera ditembak rakan mereka sendiri. Betapa mulianya hati aktivis kemanusiaan ini.

Postingan terkait: