Perkara Penting Sebelum Memulakan Perniagaan Online |
Sebelum kita memulakan apa-apa perniagaan sila pastikan perniagaan kita itu bersumberkan dari benda atau perkara yang halal. Ingatlah daging yang tumbuh dari sumber haram maka haknya adalah di neraka.. ( makanan api neraka ). Jangan kita memandang remeh akan perkara ini sama sekali.
Memulakan perniagaan online mahupun perniagaan yang lain adalah satu keputusan yang sepatutnya hanya dibuat setelah mendapat pertimbangan yang bukan sekadar sewajarnya bahkan secara mendalam. Ianya wajib diketahui, difahami dan dinilai dengan tepat sebelum keputusan anda untuk melibatkan diri dibuat.
Ini bermaksud, jika anda hanya mula bertanya tentang bagaimana memulakan perniagaan hanya selepas keputusan dibuat, ini bermakna anda telah terlepas satu langkah paling kritikal iaitu proses penilaian sebelum membuat keputusan. Jika anda sedikit keliru, mari kita pergi ke perenggan seterusnya untuk sedikit penjelasan.
Proses penilaian perlu dibuat sebelum keputusan dibuat – Untuk membolehkan proses penilaian dibuat dengan tepat, faktor-faktor penilaian atau apa perkara yang perlu dinilai, ditimbang dan diukur seperti kemampuan dan kekuatan kita mestilah diketahui terlebih dahulu. Jika semua perkara tersebut tidak diketahui, maka apa sebenarnya faktor-faktor yang kita telah pertimbangkan untuk proses penilaian tersebut?
Sesungguhnya, jika hanya faktor peribadi dan keyakinan diri sendiri semata-mata yang boleh jadi hanya andaian semata-mata, memang anda akan membahayakan kehidupan anda dan juga keluarga anda sendiri di dalam masa terdekat. Kenapa?
Ini adalah kerana kebarangkalian untuk anda tumbang di dalam masa terdekat adalah tersangat tinggi bagi mereka yang bertindak berdasarkan proses membuat keputusan sebegitu.