Persoalan Hati Seorang Manusia, Kenapa?

Assalamualaikum...

Hati. Kita semua mempunyai hati dan perasaan. Adakah kita ini bijak dalam mengawal hati dan perasaan.

Hati dan perasaan sering tertanya-tanya, sering berkata-kata kenapa... kenapa..dan kenapa?
Dari mula kita dilahirkan kita telah didengarkan dengan kalimah Allah. Dibesarkan
dengan kalimah-kalimah Allah yang sering ibu kita bisikkan ditelinga. Apabila kita sudah mula pandai berfikir diajarkan pula tentang Islam oleh bapa dan Ibu kita. Diajar kita membaca Al-qur'an dan solat lima waktu. Alhamdulillah apabila meningkat dewasa kita telah ditanam iman didalam jiwa. Walaupun siapa kita iman yang tumbuh dijiwa tetap ada. Cuma usaha kita sendiri menjaga iman yang telah ditanam itu supaya dan terus subur.

Tetapi mangapa? apabila ditimpa musibah kita jadi lemah. Kita jadi seperti hilang pedoman. Sedangkan semua itu kita telah tahu dan kita telah baca.
Rupanya masih belum cukup untuk kita... Kita membaca Al-qur'an tetapi tidak pernah cuba memahami kandungannya. Maka diri kita Ibarat masih berjalan didalam gelap.

Maka dengan itu hati kita ini mudah dijajah oleh Syaitan dengan persoalan yang meragui Iman kita...

Disini saya rungkaikan persoalan yang sering berlegar-legar di dalam jiwa dan disertakan jawapan yang sememangnya telah kita semua baca dan ketahui tetapi tidak pernah cuba untuk memahaminya.

Moga apa yang saya cuba rungkaikan ini memberi keinsafan kepada mereka-mereka yang masih tertanya-tanya.


KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

-Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."


-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

-Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

-Surah At-Taubah ayat 129


ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

"... .. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

-Surah Yusuf ayat 12


Reblog this post [with Zemanta]

Postingan terkait: